Hello blog! Lame gila aku tak update kau, sori sori. Haha aku tak sengaje =.= Kalau korang tengok tajuk aku nak post ni mesti pelik kan? Kenapa 11/1/11? Okay, aku nak bagitahu. 11/1/11 ialah tarikh birthday aku :)
Tahun ni punye birthday smart lah, aku tak sangke sampai 11/1/11. Number smart habis. Aku check lah FB tadi sebab lama dah tak check kan, tengok punye tengok. Ramai gak wish aku, haha. Thanks lah, sayang korang do <3 Ade gak membe lame aku tak wish, mungkin busy kot. Takpelah, aku tak kisah :D Ade gak membe baru aku wish, haha. Best gak lah, haha.
Tapi yang tak bestnya sebab tak dapat sambut dengan mama dan abah. Diorang dapat wish kat aku gune SMS je, takpelah. Janji diorang wish :D Mama cakap dia dah bank in RM50 untuk beli kek then sambut dengan kawan dekat asrama tuh. Aku pon patuh je lah, orang kata cakap ibu mesti patuh sebab syurga bawah tapak kaki ibu :)*Maksud nye cakap ibu tu kena ikut sebab berkat. Bukan syurga tuh betul betul ade dekat bawah tapak mak korang lak, hehe.
Tadi aku beli kek, ingat nak bubuh nama aku sorang je tapi teringat lak dekat si Zarul tuh so aku pun mintak lah akak tuh bubuh nama dia sekali. Dah beli tuh, pergilah condo kawan aku. Sebelum sampai sana aku dengan Luqman sempat beli jersi Malaysia, abang tuh kerek oh. Mintak kurang RM2 pun kedeng =.= Tapi takpelah, dah beli dah pon jersi tuh.
Operasi makan kek mula pukul 8 lebih, hehe. Kawan kawan aku pun nyanyi lah lagu walaupon suara garau habis :D Semua makan macam orang kebulur, al-maklum dah lama tak makan kek. Licin habis oh! Haha. Alhamdulillah habis.
Okaylah, setakat ni je coretan aku :) Selamat membaca! Btw, kepada orang yang lahir pada 11/1. Selamat Hari Lahir :)