Thursday, December 30, 2010

Result :D

Okay, hari yang aku tunggu telah tiba. Korang nak tahu? Mari aku cerita :)

Lama dah aku tunggu result ni, boleh buat aku debar habis setiap kali fikir. Selalu macam ni "Aku ni failed ke tak hah? Berapa A? Sikit ke banyak?" Aku pun dah cuak fikir pasal ni so aku hilangkan tekanan tuh dengan main DoTa! Haha. Nak kata aku cuak tak cuak en kalau aku gagal, dua hari sebelum result tuh aku dah nazar. Nazar tuh lebih kurang camni " Kalau aku dapat 10A, sebelum Maghrib mase hari result tuh aku akan botak"

Botak? Okay ape. Tak lah hodoh kan? Haha. Mase hari result, aku cuak gila ni. Tetibe kawan aku call suruh cakap dengan ustazah. Fuh! Lagi lah cuak! Tapi aku buat rilek habis walaupon cuak gila. Then ustazah cakap camni " Amin, awak dapat 10A" Aku lak wtf! Aku tak bajet BI aku dapat A. Banyak subjecy aku tak bajet dapat A. Lepas aku tutup phone tuh, aku cakap dekat abah. Abah cakap tahniah dan blablabla. Haha. Call mama, mama tak caya. Haha tahulah aku duk rumah tak pernah belajar, takkan aku dapat 10A pun tak caya. Haha. Mama cakap bagus bagus :P

Lepas tu, aku habaq lah kat kawan. Diorang cakap bagus. Tahniah ah, haha. Aku pun ok je ;) Nasib baik geng aku ade dapat 10A. Antaranye Adam, Zarul dan Luqman. Yang lain aku tak tahu ;) Semoga korang dapat 10A ;)

Sunday, December 19, 2010

Blank -.-

Oh bloggie, it's been a long time that i'm not updating you because i'm so busy and don't know to post about what -.-"

Tuesday, December 14, 2010

RULE
Once you've been tagged, you're supposed to write a note with 100 TRUTH about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. Tagged means "I'm interested in knowing what your 100 truth are"


Mari kita mulakan :

  1. Real name : Mohamad Amin bin Mohd Zahidi.
  2. Nickname : Amin, Botak, Gondol.
  3. Zodiac sign: Capricon
  4. Male or female : Male
  5. Elementary school : Sekolah Rendah Islam Ilmi.
  6. Highschool : Maahad Muhammadi Lelaki
  7. College : One day ;)
  8. Hair colour : Black
  9. Tall or short : Taller than short and Shorter than tall.
  10. Sweat or jeans : Both!
  11. Phone or Camera : Phone but also hope for camera -.-
  12. Health freak : ?
  13. Orange or apple : Orange!
  14. Do you have a crush on someone? : No.
  15. Eat or drink : Both!
  16. Piercings : Aku lelaki lah! Ape barang main benda ni!
  17. Pepsi or coke : Dua-dua.

HAVE YOU EVER ? :

  1. Been in an airplane : Tak pernah.
  2. Been in relationship : Takde awek, haha.
  3. Been in a car accident : Nope.
  4. Been a fist fight : Mase zaman jahiliah dulu :D

FIRST & LAST :

  1. First household chores : -
  2. First best friend : Fuad Ali.
  3. First award : Nurul Syafiqa
  4. First crush : Dah lupe, haha.
  5. First word : -
  6. First section : Ape ni?
  7. Last person you talked to in person : Fikri
  8. Last person you texted : Nizam Nordin
  9. Last person you watched a movie with : Zakwan, Farahin, Farhan dan Zarul :D
  10. Last food you ate : Roti Canai.
  11. Last movie you watched : Narnia: Voyage of the Dawn Treader
  12. Last song you listen to : Masih Hip Hop
  13. Last thing you bought : Barang sekolah -.-
  14. Last person you hugged : Tah, tak ingat :P

FAVOURITE :

  1. Food : Pergh! Banyak gila!
  2. Drink : Carrot Susu dan ape lagi? Tah, banyak gak.
  3. Bottoms : Sarung je, asal dapat tutup aku punye sudah -.-
  4. Flower : Rose? Haha.
  5. Animal : Wolf :D
  6. Colour : Blue, White and Hijau.
  7. Movie : Semua boleh tapi jangan Tamil.
  8. Subject : English. Masih belajar.

(Put an X in the bracket if yes)

  1. [X] falling in love with someone.
  2. [] celebrate Halloween
  3. [X] had your heart broken
  4. [X] went over the minutes/ texts on your cellphone
  5. [] had someone question my sexual orientation
  6. [] got pregnant
  7. [] had an abortion
  8. [X] did something i regret
  9. [X] broke a promise
  10. [X] hide a secret
  11. [X] pretend to be happy
  12. [X] met someone who changed your life
  13. [X] pretend to be sick
  14. [] left the country
  15. [X] try something you normally wouldn'try and liked it
  16. [x] cried over the silliest thing
  17. [x] ran a mile
  18. [] when to the beach with your best friend
  19. [X] got into an argument with your friend
  20. [x] hated someone
  21. [] stayed single for a whole year

CURRENTLY :

  1. Eating : Kuih
  2. Drinking : Teh.
  3. Listening to : R&B Song
  4. Sitiing or laying : Sitting.
  5. Plan for today : Nak buat kerja dan bola.
  6. Waiting : Tunggu habis SPM.

YOUR FUTURE :

  1. Want kids ? : Of course.
  2. Want to get married : Of course. Sunnah Nabi :)
  3. Career : Banyak, tak tahu nak pilih mane -.-

WHICH IS MORE ATTRACTIVE (CHOOSE ONE) :

  1. Lips or eyes : Lips
  2. Shorter or taller : Taller than short people and Shorter than tall people.
  3. Romantic or spontaneous : Spontaneous.
  4. Nice stomach or nice arms : Nice arms.
  5. Hook -up or relationship : Hook-up
  6. Looks or personality : Personality.

HAVE YOU EVER :

  1. Lost glasses/contacts : Tak pernah pakai pun :D
  2. Snuck out of a house : No.
  3. Held a gun/knife for self defense : Nope.
  4. Killed somebody : Kalau aku dah gila, haha.
  5. Broken somebody heart : Pernah.
  6. Been in love : Tak.
  7. Cried when someoned died : Orang takde perasaan je tak nangis -.-"

DO YOU BELIEVE IN :

  1. Yourself : Sometimes. Haha
  2. Miracles : Jarang.
  3. Love at first sight : -
  4. Heaven : 100%
  5. Santa claus : Never.
  6. Superstition : HAHAHAHA
  7. Kiss on the first date : Nope.

TRUTHFULLY :

  1. Is there one person you want to be with right now ? : Nope.
  2. Do you know who your real friends are ? : Yes.
  3. Do you believe in God ? : Mesti. Kalau tak percaye, macam mane aku hidup?
  4. Post as 100 truths ? : Yup! Siap gak akhirnya -.-


Pergh! Penat gak aku buat, haha. Tak kisahlaa sebab aku dah siap :D Actually kena tag 25 tapi aku tag je lah sape sape :D

Selamat buat lah korang :D

Monday, December 13, 2010

Sunway Piramid

Hai hai! Lame dah tak update blog, kawan aku pun dah tanye "Min, tak update blog ke?""Min,blog kau apsal terbiar?" Haha sorilah. Actually aku bukan tak nak update tapi takde idea dan tajuk. Sorilah kawan kawan tapi harini aku update, insyaAllah best :D

Semalam aku pergi Sunway Piramid dengan kawan aku campur kawan FB. Aku tak pernah jumpe so nak jumpe lah en. Cerita dia macam ni. Aku keluar rumah pukul 9, abah cakap dia nak hantar terus dekat Bandaraya so aku boleh ah en amek KTM terus gi Subang Jaya. Aku dah bajet nak sampai Bandaraya dalam 9.30 tapi tunggu kawan abah ni lame sangat. Dia nak gi photostat ape tah then abah bagi lah ic dia suruh photostat sekali. Aku pun tunggu lah en, tak kisah la. Then lepas photostat, pakcik tu pergi dekat abah nak bagi ic balik, dia check check. Ic abah jatuh, haih bengang aku. Dah lame aku tunggu, ic jatuh. Then carilah nasib baik jumpe. Tunggu kawan dia dah 15 minit -.-
Lepas amek kawan dia tuh, terus gerak pergi Bandaraya. Tahula jalan tak jam abah oi, jangan lah nak speed je. Terkojot kawan abah, haha. Harap kopiah je kat kepale cakap aku. Sampai sampai tu aku terus beli tiket KTM, beli pun amek mase gak. Tak gune punye machine, buat aku lewat je. Lepas beli tu, aku naik ah en, takkan nak duduk je kat sane. Mase kat dalam tu, Farhan text aku, dia tanye aku kat mane. Aku katelah nanti aku turun dekat KL Sentral. Dia ok je, haha.
Sampai sane je, aku cari Farhan. Lepas jumpe tuh, terus KTM datang. Alhamdulillah. Mase on the way nak gi Subang Jaya, aku call lah Luqman. Conversation dia macam ni :
Aku: Man, kau kat mane? Dah gerak ke belum do?
Luqman: Eh, kate hari Isnin keluar?
Aku: Hari ni lah hari Isnin, kau ni biar betul?!
Luqman: Eh, ye eh? Bukan hari Ahad?
Aku: Isnin lah bangang, kau ni bodoh ah. Nak gi ke tak ni?
Luqman: Tahlaa.

Then aku terus tutup. Gile ah mamat ni boleh lupa lak hari. Panas aku time tuh tapi dah gerak en, jalan je lah. Sampai sane aku amek bas mini. Akhirnye aku sampai sane dalam pukul 11 lebih. Sampai je, aku tunggu ah Zakwan kawan FB tuh. Finally, mate bertentang mate. Haha. Tinggi do dia! Haha. Lepas tu dia ajak gi main ice skating. Aku tak nak lah. Then dia dengan Farahin push aku suruh gi. Aku pasrah laa, aku pun ikot. Dah siap bayar tiket tuh, amek ah kasut. Masuk masuk je dalam 30 saat, aku dah jatuh. Nasib baik sempat tahan. 4 kali aku jatuh, ade yang jatuh macam tertonggek. Sungguh memalukan. Akhirnye aku dengan Farhan habiskan satu round je. Aku dah tak nak main dah ice skate, aku dah insaf!


Lepas main tu, pergilah jalan jalan en. Time tu gak Zarul text, dia kate dah sampai. Dalam 2 minit, dia jumpe kitaorang. Okayh, lepas tu cukup lah geng dan terus gerak pergi tengok wayang. Cerita Narnia. 3D tuh, haha.   Lepas tengok tu gi solat dan makan ape sume. Jalan jalan cari beg tapi takde yang best. Lepas tu balik lah, sampai rumah je pukul 6 lebih. By the way, ini first time pergi Sunway Piramid. Penah ohh. 



Thursday, December 2, 2010

Jawatan .

Beberapa hari yang lepas aku telah dilantik sebagai Pengarah . Cara aku dilantik tu secara undian . Aku bajet dah aku tak jadi , then tetibe aku lak jadi . Hampir semua kawan aku pilih aku , aku dahlaa tak suke do jadi pengarah ni , aku bukan pernah jadi pon -.- Haih , memang aku nak maki dah time tu weh tapi aku sabar then aku pikir macam ni "Jadi pengarah ? Haih bukan senang tapi orang dah bagi kepercayaan tu , amek je lah" Haha lebih kurang ah macam tu . Malam tu aku dah start pikir macam mane nak jadi pengarah , huhu . Nak dekat tido pun terpikir benda tu sampai lah aku tertido -.-

Esoknye lak ade meeting lagi , aku datang ah walaupon lambat sebab makan burger dengan kawan aku , hehe . Lepas isya' tu sambung meeting balek so aku join je lah walaupon meeting mase maghrib tadi tak gi :P  Meeting punye meeting , Cik Ani nak cari sorang Penyelaras lak , aku ingat aku dah boleh rilek lah en sebab dah jadi pengarah . Then ade kawan aku sebut name aku . Cik Ani pun automatically pilih aku , aku tak sempat nak buat ape ape . Dalam hati aku dah mencarut dah dekat budak tu . Yelah en , dah la pengarah aku tak reti then suruh jadi penyelaras gak . WTF ! Bukan aku reti jawatan ni , budak tu pun bangang pilih aku . Pilih ikot sedap kau je , cuba lah kau jadi aku dan aku jadi kau , mesti kau marah gak do . Ingat ah perasaan orang lain sikit .

Nasib baik lah kawan rapat aku pun jadi penyelaras , senang ah sikit . Malam tu memang aku panas habis ah , pening kepale otak aku macam mane nak buat benda ni . Lepastu pikir balik en , aku pikir lebih kurang macam ni "Haih , penyelaras lak . Mane lah aku reti , nak marah dia tu benda dah jadi . Tapi kalau jadi penyelaras , Cik Ani kate boleh topupkan aku kalau aku nak kena call diorang ape semua , best gak . Hehe ."  Akhirnye malam tu aku pun tido dengan lena then mase nak bangun Subuh tu , ade air liur basi lak -.- Mungkin terlalu indah agaknye mimpi aku tuh , haha . 

Saturday, November 20, 2010

Hari Raya Aidiladha .

Hai ! Pagi tadi adalah hari yang best bagi aku sebab follow bapak aku pergi korban . Banyak benda best yang ade weh , haha . Korang nak tahu cerita dia ? Tak nak tahu ? Takpelah , aku tak nak cerita dekat orang yang tak nak tahu , aku nak cerita dekat orang yang nak tahu je :)

Cerita dia macam ni . Sebelum aku pergi solat Subuh , abah ajak aku pergi korban dekat satu markas ni . Aku pun takde plan time tu , aku ikut je lah en daripada duduk dekat rumah tak buat ape ape . Pukul 8.30 macam tu , abah ajak lah pergi markas tu en , aku pun sarung seluar trek then terus follow abah . Bile dah sampai markas tuh , aku cari lah membe aku sebab membe aku bab korban ni semangat dia tinggi sikit . Aku pun tak tahulah kenape , gila korban kot , haha . Lepas dah jumpe kawan aku tu , aku nak tengok berape ekor lembu pulak kali ni . Tengok tengok 10 ekor , fuh ! Banyak gak tuh . Tapi tak kisah lah , yang penting kita enjoy !

Banyak kerja aku dapat buat dekat situ . Takpe , biar aku cerita satu satu . Memula aku tolong orang lapah kulit lembu . Actually aku tak tolong pun lapah , aku cuma tolong angkat kaki lembu tu supaya senang nak lapah kulit dia yang penuh dengan lemak yang tak bekrim tuh -.- Secara kebetulan , lori lembu tu ade dekat belakang aku dan ada sekor lembu kat dalam tuh . Aku pusing ah kebelakang sebab nak tengok lembu tu . Time aku tengok tu lembu tu tengah lompat lompat , gilo agaknye , haha .  Tengah syok aku tengok lembu tu lompat , tetibe datang benda yang tak best melekat dekat baju aku dan baju kawan aku iaitu TAIK lembu ! Tak gune kau lembu , busuk weh ! Nasib baik sikit je yang terpecik , aku pun lap lah dengan towel kawan aku . Hehe , nasib baik dia tak marah sebab dia pun lap same . Memandang lembu yang aku tengok tu lembu yang terakhir untuk dikorbankan , aku pun tak nak miss peluang untuk tolong mengorbankan lembu tu sambil mempunyai agenda aku iaitu REVENGE ! Bile lembu tu dah jatuh dek kerana abang dan pakcik dekat situ tarik menggunakan tali , aku pun datang pegang tanduk dengan kepala dia untuk diikat . Bila dah diikat , lembu tuh pun selamat disembelihkan . Haha puas hati aku :)

Selesai tuh , aku angkat kepala lembu . Fuh ! Berat gak . Dahlaa gigi dia keras , kau makan ape hah lembu ? Lepas tuh en , aku tengok ah abang ni lapah kulit kepala lembu tuh . Macam best weh , haha . Lepas tuh dia kerat lidah lembu , mase dia koyak kan mulut lembu untuk potong lidah tu kan , lidah lembu terjelir weh . Panjang gila lah , haha . Aku ingat benda geli geli ni dah habis , rupenye belum lagi . Abang tuh korek biji mata lembu tuh , fuh ! Ganas gila cara abang tu buat , terbayang pulak aku macam lembu tuh -.- Lepas dah cabut tuh , aku ingat dia buang tapi dia tak buang . Dia bagi dekat sorang pakcik ni . Aku ingat pakcik ni nak simpan ke ape rupenye tidak . Dia kerat sikit biji mata lembu tuh then dia picit , tetibe keluar macam jeli . Lepastu dia sedut ! Woah ! Geli geleman aku time tuh , ganas habis pakcik tuh .

Lepas tengok benda yang tak best tuh , aku terus lepak sambil tunggu kawan aku untuk aku balik . Dalam pukul 12 lebih , aku pulang ke rumah dengan perasaan bercampur campur -.-

*Post aku kali ni agak memeningkan aku rasa , haha . Sori lah . Btw , selamat membaca ! :)

Friday, November 19, 2010

Huh ?

Hoi hoi ! Dah lame aku tak update blog , rasa rindu pulak . *Eceh kau min , ayat nak best je . Macam blog ni awek kau pulak , sedap-sedap je nak rindu -.-

Kawan aku selalu tanya aku , best ke buat blog ? Aku cakap lah biasa je . Okay , senang cerita aku buat conversation antara aku dan dia :-
Kawan : Weh min , best ke buat blog ni ?
Aku : Biasa je , kenapa weh ?
Kawan : Takdelah , kekadang aku tengok susah gak nak buat blog ni . Nak bagi ayat best ah , itulah , inilah . Haih , susah kot .
Aku : Bro , kau try ah dulu , best lah buat blog ni . Serious ! :)
Kawan : Okay , bila hati aku dah terbukak aku buat lah , haha . Bagi kau kan , blog ni , ape yang susah untuk kau ?
Aku : Bagi aku en paling susah nak cari tajuk . Tu paling serabut , haha . Satu lagi , nak cari kepuasan bagi pembaca yang baca blog aku tuh , hehe .
Kawan : Eh , ayat kau best lah . Gempak habis ! Tak tipu gua cakap , haha .
Aku : Ye ? Thanks ah do , hargai !
Kawan : Err ok ok . Satu lagi , macam mana kau rasa nak bloggie ni ?
Aku : Aku baca blog kawan aku so aku try ah weh , macam best pulak baca blog ni . Bila dah buat , memang best . Haha .
Kawan : Oh , ok ok . Thanks ah ye ?
Aku : Sama-sama .

Macam tu lah conversation antara aku dengan dia , haha . Actually aku takde idea nak update so aku update je lah pasal ni sebab kawan aku suruh, haha . Sori lah kawan :)

Friday, November 12, 2010

Rendang Mari !

Hoi kawan ! Hari ni aku buat miracle sikit iaitu memasak . Okay , aku tahu memasak tu perkara biasa tapi aku masak Rendang Ayam , itu yang buat perkara luar biasa :)

Al-kisah bermula ketika aku mengahadap PC . Tetiba je abah aku panggil , dia suruh aku tolong memasak Rendang Ayam . Memula aku malas lah jugak tapi abah aku punya pasal lah en , aku tolong je lah . Memula dia suruh kupas kulit bawang , benda yang paling malas aku nak buat -.- . Aku fikir dalam 5-6 biji macam tu . Last-last berbelas belas , tangan aku jadi lenguh lah jugak . Lepas tu , abah suruh potong bawang merah dengan bawang putih plus halia . Aku potong lah ketiga-tiga bahan tu sehalus mungkin walaupun tak seberapa halus , haha . Biasalah , tangan lelaki macam aku mane ade seni . Lepas potong tu , abah tanya 'Kenapa potong bawang halus ?' Aku jawab 'Abah yang mintak tadi en ?' Abah balas 'Abah suruh  halia je potong halus , bawang takde . Ape lah kamu ni.' Aku pun jadi malu-malu kucing .

Lepas potong ape semua , aku tengok ah jam . Waktu tu dah pukul 12.30 dan aku tak mandi ape semua lagi . Abah dah perli aku , dia cakap bau macam aku macam kambing -.- Lepas dah kena perli , aku mandi lah , hilangkan bau aku yang konon nya macam kambing tu , haha . Sebelum aku mandi , abah cakap sambung kerja lepas solat Jumaat . Aku patuh je lah cakap bos .  Nasib baik lah surau depan flat aku dah boleh buat solat Jumaat so jimat lah masa aku nak pergi buat solat Jumaat tu  :D

Lepas solat Jumaat , aku terus balik dan terus kacau rendang . Memula senang lah nak kacau sebab kuah dia tak pekat lagi then bila dah lama-lama , kuah tu jadi pekat melekat , payah habis lah aku nak kacau . Bila abah balik je dia tanya aku buat apa . Aku cakap lah tengah kacau rendang . Then abah cakap 'Larat ke nak kacau kuah rendang yang dah pekat tu ?' Aku balas lah 'Alah , setakat kuah ni apa lah sangat . Kalau kuah rendang pun tak larat nak kacau , baik keluar je polis tu .' Abah balas balik 'Memanglah tapi kalau latihan pon ponteng , sama je lah . Hehe.' Aku pun senyum kambing pulak .

Kacau tu aku bajet dalam 15minit macam tu tapi 1jam gak aku buat , lenguh habis lah . Lagi penat dari kupas dengan potong bawang , hehe . Lepas habis kacau tu , aku hidang lah kat adik-adik aku . Then abah cakap pasal makanan . Antaranya :-
-Kalau nak tahu nikmat makanan tu try lah masak kerana makan lebih mudah daripada masak . Apabila kamu masak , kamu akan tahu payah nya memasak so janganlah complain bila kamu makanan yang tak sedap tapi hargai lah .
-Walaupun makanan tu tak sedap bagi seseorang tetapi bagi yang pemasak , makanan tu sedap bagi nya kerana makanan tu dimasak sendiri oleh tangannya .

Sekian , terima kasih :)

*Terima kasih abah sebab bagi nasihat ni . I love you .

Sunday, November 7, 2010

Ditag oleh Iqa

Namakan orang yang betul betul korang nak jumpa dalam hidup kau :
Ramai gila weh ! Tapi yang paling nak jumpe ialah kawan yang ikhlas berkawan dengan aku :P

Adakah korang basuh baju sendiri ?
Kadang kadang sebab aku duduk asrama -.-

Dimanakah tempat yang betul betul korang nak pergi ?
Banyak lah . Kalau aku jutawan , semua negara aku pergi tapi yang penting buat HAJI dulu lah :P

Beritahu 3 benda tentang korang :
-Aku suka main DoTa walaupun jarang main .
-Suka baca komik dan novel walaupun beratus-ratus muka surat :P
-Menghadap depan pc lame-lame .

Benda yang korang sayang sangat sangat dalam hidup korang :
-Handphone .
-Laptop.
-Seluar jeans :P
-Semua jenis resit .

5 lagu yang paling suka dan selalu dengar :
-New Perspective .
-Deja Vu .
-Shut Up .
-I Write Sins Not Tragedies .
-The Art is The Weapon .

Bile tarikh lahir korang dan kat mane korang sambut tahun lepas :
11 Januari 1996 . Sambut dekat Pizza Hut .

5 orang korang nak tag dan suruh buat benda ni :
-Aqyla Haron .
-Amar Zaid
-Ammar Latif
-Naqibah Abdul Malek .
-Adlina.

Thursday, September 30, 2010

Makan Malam Kor Kadet Polis

Hello . Hari ni aku nak cerita ah pasal makan malam kadet polis sekolah aku . Best gila ah aku cakap ! Korang nak tahu ? Biar aku cerita . Kisah ni bermula masa SI (Sarjan Inspektor) bagi pengumuman dekat perhimpunan . Ayat dia lebih kurang macam ni  'Perhatian kepada semua ahli kor kadet polis . Anda semua diminta berkumpul di bawah pokok tanjung dengan segera selepas perhimpunan' Time tu aku dengan sahabat aku punya lah malas nak pergi . Tapi nak buat camne en , terpakse je lah pergi . Bak kata orang , arahan pemimpin wajib patuh selagi tak melanggar hukum syarak :P

Bile dah kumpul tu , dia cakap pasal makan malam . Kita orang happy campur sedih . Kita orang happy sebab lepas ni dah takde latihan semua tapi yang sedih nye kena bayar RM20 . Duit dah la kering , haha . Lepas habis pejumpaan tu , kita orang pergi ke kelas lah , nak belajar . Exam dah dekat weh . Esoknya , kami pergi bilik kadet nak langsaikan duit makan malam tu , kalau lewat bayar karang bising pulak mulut Si Hasif tu . Mulut dah la laser gila , bingit weh telinga aku ! Haha . *Sempat lagi kau kutuk Hasif ye Amin :)

Malam nak pergi tu , aku dengan kawan aku yang F2 polis siap lah dengan baju melayu sepasang . Fuh ! Menyerlah weh , macam nak pergi berkahwin pulak . Sebelum nak turun tu , Adam tanya ' Weh , korang biar betul nak turun dengan baju sepasan ni ? ' Aku jawab ' Bantai ah . Bukan ada apa apa pun . Lepak ah . ' Pastu kita orang gi masjid , sampai dekat masjid tu , orang tengok kita orang semacam . Kita orang pun buat lah muka takda perasaan , haha . Malu gila lah time tu ! Lepas solat Maghrib , kita orang terus keluar . Tak sanggup duduk situ lama lama , tak tahan !

Lepas keluar tu , kami pakai ah kasut hitam yang kami pinjam , haha . Lepas tu , kami tunggu la APR(Ahli Pangkat Rendah) datang . Dalam pukul 8.30 dia datang . Lepas dia sampai tu , dia bagi arahan suruh masuk dalam barisan , kami follow je lah . Tak ikut nanti , kena pumping pulak . Segan je , haha . Then dia suruh kita orang pergi naik bas . Perjalanan bas ke destinasi mengambil masa lebih kurang 10 minit . Dalam 10 minit tu , kami bermanfaatkan nya dengan berborak . Haha .

Lepas sampai tu , SI suruh kumpul dekat atas ambil tempat masing masing . Adam dah buat plan , dia suruh duduk sekali . Lepas dah duduk tu , ade ucapan daripada pengetua , guru penasihat dan SI tahun lepas . Time SI tahun lepas tu bagi ucapan la paling kelakar , dia terketar ketar nak berucap . Kita orang cover je nak gelak , haha . Lepas ucapan yang boring tu , acara yang dinanti-nantikan telah tiba . Iaitu MAKAN ! Haha . Fuh ! Makanan sedap sedap . Antaranya satey , ayam blackpepper , telur dadar . Yang paling sedap sekali tomyam ah .Kecut perut weh ! Lepas doa tu , kami makan ah . Laju gila makan , macam orang kebulur pulak . Lepas makan semua , ade event cabutan bertuah . Time ni memang kita orang mengharap kita orang terpilih tapi malangnya kita orang tak dapat , haha .

Lepas semua tu , orang orang besar semua balik tidur . Sementara tunggu bas sampai , kitaorang tengok video kawad peringkat MASSAK . Memula tengok smart tau then tiba tiba ada sedikit cacat pulak , kasihan . Ingatkan lepas tengok video tu , bas dah sampai tapi tak sampai lagi so sambung la pulak dengan ucapan terakhir F5 . Antara semua ucapan , ucapan Ashraf Hadi lah paling kelakar . Ucapan dia , dia cerita masa dia pergi khemah MASSAK . Malam tu dia nak pergi tandas , dia pun pergi lah tandas konstabel . Tandas tu buruk gila lah weh so dia pun tukar pergi tandas orang besar . Tandas dah lawa tapi pintu pulak takda tempat nak lock , kesian gila lah . Time tu memang dia tak tahan dah , dia pun melepas kat situ . Time tengah melabur tu , tetiba ada orang buka pintu . Terkejut weh ! Orang besar tu pun tutup pintu balik , haha . Lepas selesai tu dia keluar ah , time keluar pun terkejut jugak . Yelah , orang besar tu mandi pakai spender je , tak malu gila lah ! Dia pun cepat cepat ah keluar dari situ , haha . *Acap Acap , kasiha lah dekat kau . Time nak melabur pon ade orang nak skodeng , haha .

Lepas ucapan selesai , bas pon datang . Then kita orang pun balik lah ke asrama . Penat gila lah weh ! Tapi nasib baik puas hati :)

Sekian ,

Saturday, September 25, 2010

Jogging oh Jogging

Semalam hari yang agak best sebab aku dan geng aku pergi jogging . Cuti raya 2 minggu ni buat perut kami semua nampak agak buncit so kami decide untuk berjogging .

Cerita bermula begini , lepas solat Subuh kawan aku , Adam ajak pergi jogging . Memula kami malas nak pergi tapi bila tengok perut kami yang agak buncit so kami pun setuju lah walaupon cuma 5 orang sahaja yang pergi . Lepas itu kami pon naik atas dorm untuk bersiap . Lepas semua siap , kami berjogging ke Taman Tunku Anis pukul 7.15 pagi . Dalam perjalanan , kitaorang berjogging ala-ala kadet polis sikit sebab kami kan kadet polis except sorang kawan kami iaitu Farhan .

Agak-agak dalam pukul 7.45 kami sampai ke destinasi , dah sampai tu kami tak berhenti jog lagi . Kami cuma lari setempat sebab kami nak cuba round tempat tu tanpa stop , haha . Bila dah round dekat tempat tu , kami berhenti dekat tempat latihan fizikal . Kitaorang cuba macam-macam benda dekat situ , penat oh ! Tapi berbaloi la jugak .

Lepas jogging semua , kami pon ambil lah gambar kenangan . Haha !

Ni antara yang gambar sempat kami ambil :-
Terima Kasih kerana membaca blog saya :)

*Sori , post kali ni ayat agak skema kerana aku saje je tulis macam ni . Kalau tk puas hati , korang boleh komen dekat Aduan Rakyat ;)

Thursday, September 23, 2010

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah

Hai Blog ! Dah lame aku tk update kau , haha . Hari ni ade sambutan hari raya kat sekolah aku , best gak ah sebab dapat makan free :)

Pukul 6 pagi aku bangun then siap siap pergi solat Subuh walaupun tk mandi , haha . Then lepas solat terus naik dorm pastu mandi ape sume en sebab bau badan macam kambing . Lepas siap ape semua , aku dan kawan kawan pun pergi lah sekolah . Sampai sekolah je kitaorang terus pergi padang ade solat hajat . Lepas solat je doa la en macam biase , doa imam tu lame la jugak . Ngantuk aku , hehe . Aku ingat lepas solat hajat tu boleh naik kelas tapi diorang sambung pulak dengan ucapan dan tazkirah . Hadoi , letih aku mendengar -.-"

Bila ucapan dan tazkirah dah habis , kami pon pergi ke kelas masing masing . On the way nak pergi kelas , aku ternampak Jabar so aku pon berbual lah dengan dia . Lepas bual , aku terus pergi ke kelas , nak tengok makanan ape yang menarik . Sampai kelas je , fuhh ! Banyak makanan yang sodap sodap . Antara makanan yg buat aku terliur seperti makaroni bakar , nasi dagang , mi goreng , satey ayam . Sambil tunggu ustzah aku siapkan makanan , aku pinjam ah camera kawan aku . Dah dapat tuh , terus aku main snap snap . Memula snap gambar bebudak kelas aku then lari pergi kelas kawan aku main dekat sana pulak . Bapak best !

Lepas puas main tangkap gambar , aku ingat nak main handycam pulak tapi time tu perut dah lapar so aku pun terus ambil pinggan then try makanan kat situ . Memula aku try satey , boleh tahan . Then roti jala pulak , sedap jugak . Aku tk puas hati lagi , aku tibai makaroni bakar . Kembung perut aku ! Haha . Lepas makan makanan kat kelas aku , aku lari macam budak batak pergi kelas orang lain then paw makanan kat sane , hehe .

Makan punye makan , akhirnye aku surrender . Then aku balik ke asrama , aku ingat aku orang yang first , rupe-rupenya diorang dah lame kat situ . Aku yang terakhir . Dah , aku tk thu ape yang aku mengarut .

*Sori lah takde gambar , kawan aku tk upload kt FB lagi . Kalau dah ade , aku bubuh la :)

Tuesday, September 7, 2010

Hari Raya Aidil Fitri .

Hari ni aku nak tulis pasal hari raya . Aku ingat nak tulis masa malam raye tapi bile fikir fikir , tulis je lah sekarang sebab kat kampung aku line macam keling , kejap ade kejap takde . Kalau ade pon , lembab macam siput .

Raya tahun ni , macam biasalah . Balik Negeri Sembilan dulu baru Johor . Kampung dekat Negeri Sembilan bosan gila . Mane tak bosan , sepupu semua dah besar , dah kahwin pulak tuh . Haih , nak buat macam mne en . Terpaksa lah duduk mengasingkan diri daripada mereka semua tu . Tapi itu semua aku tak kisah sebab time salam diorang je , diorang hulur duit warna merah dan hijau . Kaya aku ! Haha ,

Sekarang pasal Johor pulak . Hm , dekat sini semua sepupu aku baik baik belaka walaupon ada yang jahat macam hantu tapi aku nak jugak cakap baik , haha . Aku ingat lagi masa umur aku 5 tahun , masa tu abang sepupu aku tunggang basikal dan adik sedara aku duduk dekat belakang . Masa diorang nak lintas titi kayu tu , tetibe basikal goyang . Goyang punya goyang tetibe , BOOM ! Masuk parit . Kita orang yang semua dekat situ gelak sampai nak pecah perut . Kesian korang dua , tulah , tunggang basikal tak hati hati . Kan dah masuk parit , tak dapatlah korang nak beraya dengan baju melayu baru korang tu . Tapi ini semua kisah lama , saje je aku nak ingat kenangan terindah :D

Itulah sedikit sebanyak pasal raya dekat kampung aku .

Selamat Hari Raya Aidilfitri .
Maaf Zahir dan Batin .
Mintak Ampun Segala Dosa Aku Kalau Pernah Sakitkan Hati Korang .

p/s : Pernah ? Selalu la Amin ! Haha ,

Saturday, September 4, 2010

Oh Kawan ! :)

Semalam en mase aku tengah khusyuk melayan Facebook sambil kemas bilik aku yang dah bersepah gila gila , aku teringat Komik Lawak Kampus aku . So aku cari lah , cari punye cari , baru aku igt komik aku tu ade kat kawan aku yang nama Syafiqah .

So bile dh ingat kat dia , aku terus contact guna FB . Aku ingat nak text dia tp kalau text dia memang berjanggut lah tunggu minah tu balas -.- Mase chat tuh , aku tanye dia macam ni 'Weh , komik aku mane ?' dia balas 'Ade dengan aku , kau nak ke ?' aku cakap balek 'Mestilah nak weh' dia kata boleh je tapi kena pergi area dia .Hadoi , area kau tu dahlaa nun jauh di atas ! Mesti lah aku penat kalau mendaki bukit tuh tapi komik aku punye pasal , aku sanggup !

Dalam pukul 5 , aku pergi lah mendaki bukit yang agak tinggi tuh . Jalan punye jalan , aku dah sampai . Check jam baru pukul 5.15 , bapak ah ! Cepat betul aku jalan en , Kadet Polis la katekan :P *Eceh Amin , berlagak pulak kau kat sini .

Lepas sampai tu , aku text itu budak . Aku cakap aku dah sampai , dia kata cepat betul aku jalan . Aku cakap ah , macam tk kenal aku je . Dia cakap kalau aku rajen , naik la lagi sikit . Aku pon tengah bosan so naik je lah atas . Lepas sampai kat atas tu , aku tak nampak lagi minah tu so aku round la kat area tu .

Then dia text aku , dia tanye aku kat mane . Aku pon cakap lah aku dekat dekat situ je . After that , aku cari la itu budak . Then aku nmpak perempuan pakai baju oren tengah sandar dekat pokok , aku ingat mak cik tukang sapu sampah tapi bile tengok betul betul , si Syafiqa tuh rupanya .

Lepas dah kenal pasti , aku pergi lah jumpe dia . Bile dah jumpe dia , borak borak la en , ape lagi . Aku dengar suara dia kelakar gila ! Kejap ade , kejap takde . Nak je aku gelak kuat kuat kat situ tapi atas sebab nak jage maruah , aku senyum je lah kat dia .

Lepas borak borak around 10 minit , buah hati dia sudah kelihatan . Nama dia Haiqal . Smart oh dia ! Then lepas pakwe datang , aku pon nak blah la en . Mane tahu diorang nak dating ke , kacau je aku nanti . Haha .

Macam tu je lah kisah aku berjumpa kawan aku semata mata untuk mengambil komik kesayangan :)

Friday, September 3, 2010

KLCC Mari !

Semalam aku dan Adam pergi KLCC . Dah lame kami tk pergi , akhirnye pergi jugak walaupon berdua .

Perjalanan kiteorang bermula dari LRT Taman Melati . Memula aku bajet nak tnggu Adam dekat Masjid Jamek tp dah alang alang aku dekat Setapak , aku suruh mamat tu pergi LRT Taman Melati . Lame jugak tnggu mamat nie , around 10 minit baru nmpak dia punya batang hidung . Tp tk kisahlaa , yang penting smpai KLCC :D

Lepas beli tiket , kiteorang pun naik . Dalam on the way tuh , aku cerita kat Adam mase aku kt TS hritu . Dia gelak gelak je , wanita wanita di dlm LRT tu tengok je kiteorang . Kami pon buat tk tahu , peduli ape dengan diorang . Lantaklah , haha . Cerita punye cerita , akhirnye kami sampai ke destinasi kami iaitu KLCC .

Fuh ! Dah lame tk gi KLCC oh , bapak besar itu punya bangunan ! Bila kiteorg masuk , tetibe Adam cakap perut dia nak melabur . Aduh , baru masuk dah nak melabur ke bang ? Sakai lah kau . Lalu kami pergi cari toilet di tingkat G . Baru nak masuk je tetibe , kena bayar pulak . RM2.00 pulak tuh , gila betul . Tak jadilah kami nak masuk , cari tandas tingkat lain dulu bak kata Adam .

So kami decide pergi tengok tandas kat tingkat atas pulak , harap harap tk kena bayar . Check punye check , nasib baik tk kena bayar . Adam , nasib baik kau , kalau tk terbarai la kau kat situ , haha . After menghabiskan diri kat tndas , kiteorg pon round KLCC cari baju . Cari punye cari , dah jumpe tp bnyak sgt pulak pilihan . Haih , nak pilih baju pon susah laa , apelah nasib . Malas fikir pasal baju , kiteorang pon gi wayang jap sebab nak beli tiket .

Dah sampai depan wayang , aku dgn Adam bincang nak tengok cerita ape . After berbincang , kiterorang decide nak tengok Step Up 3D . Lepas beli tiket , kiteorang pergi menunaikan kewajipan terhadap Ilahi iaitu Solat Jumaat . Lepas solat , kami pergi KLCC semula . Time on the way tuh , Adam start mengarut then aku pon gelak je lah , haha . Lawak ah kau Adam :))

Bile masuk KLCC tu , kiteorang terus cari baju .  Round dalam 30minit , finally jmpe jugak baju aku ! Lepas beli , aku tngok jam dah pukul 2.35 so kiteorang terus ke wayang . Adam kali pertama pergi wayang oh , haha . Tengok cerita Step Up tuh , best gila ! Starting cerita dah dancing dancing . Dancing dia dahlaa gempak habis ! Berbaloi lah aku tengok .

Lepas habis , kami pon ingin pulang ke rumah . On the way nak keluar KLCC , kiteorang nampak butik baju lawa . Nama butik tu Romp . Adam cakap 'Amin , lawa gila bhai baju ni ! Apsal tk beli je kat sini ?' Aku cakap balik 'Mane aku perasan dol . Tkpelah , lain kali lah kita borong . Nak buat macam mne , dh tkde rezeki en .' Lepas tengok baju lawa lawa , kiteorang pon balik dengan hati yang berbelah bagi . *Eceh Amin , berjiwang pulak kau .

Itu saje kisah aku pada hari semalam .

Thursday, September 2, 2010

SAHABAT II



Harini aku nak cerita pasal kawan kawan aku yang rapat dengan aku . Diorang ni memang baek jgak walaupon kekadang perangai macam HANTU ! Haha .

Diberi nama Adam Muzakkir Bin Idris Safawi dan dipanggil Adam . Aku mase memula kenal mamat nie , aku tengok poyo semacam . Tp bile dah lame kenal , baru faham perangai dia . Dia nie en seorang kawan yang tk suke simpan dendam . Tk percaye ? Kau boleh bayang tk membe kau maki hamun kau pastu tetibe je mintak tolong kau , mesti kau tk nak tolong en ? Tapi dia nie bukan style macam tuh , percayelah . Satu lagi , mamat nie tegas bukan main . Fuh ! Cuak gak aku . Tp tegas tegas kau en , bile nak bayar hutang gua ? Lame aku tnggu nie -.-

Nama mamat nie lak Ahmad Solehin Bin Rohaidi . Bile first time aku jumpe dia , dia ni macam style happy go lucky tp penakut , haha . Sebab ape penakut ? Sebab mase F1 , bile senior datang cerita hantu , konfem mamat nie tido dulu dengan alasan 'Weh , korang cerita kat tempat lain lah , aku nak tido nie' Ceh , ayat mantap je kau eh padahal tgh cuak tuu . Tp bile dah join aku and the gang , dh jadi berani woo ! Tahniah tahniah ! Satu lagi , mamat nie en kaye gile lah . Duit masyuk sokmo , mane datang tk tahu . Selalu belanje aku dgn kawan aku , best ! Tp kaye kaye kau en Solihin , hutang aku tk bayar lagi :)

Lelaki macho nie pulak nama parent dia bagi Muhd Fakhri Najmuddin Bin Arman . Mamat nie berani oh walaupon pendek :P Tabik la kau ! Dia nie kalau bergaduh , dia tak nak mengalah . Nasib baik aku tk pernah gadoh dgn kau , kalau gadoh pon , buang tenaga aku je . Mamat ni best gak buat kawan sbb dia bnyak gak tolong orang . Satu lagi , mamat nie kalau jalan en , laju gile ! Penat oh kejar dari belakang time nak gi Kota Bharu haritu , ilmu ape kau pakai hah smpai jalan laju gile ?

Nama diberi Luqman Hadi Bin Ahmad Yani . Seorang mamat yg baik , periang , kecoh , kekadang buat lawak dgn otak kuning kau tuh , haha . Aku start rapat dgn dia ni mase F2 .Mamat ni berani buat bnde challenge oh , dasyat habes ! Kalau study dgn dia ni en , best aku cakap . Mane tak nye , tgh tgh study , dia buat lawak ala lucah dia tuh , kelakar je . Lupa lak , badan mamat nie tough gak oh ! No wonder lah sbb dye Kor Kadet Polis -.- *Amin , badan orang pon nak cerita ke ?

Ahmad Azim Bin Ahmad Shukri , seorang budak yang pendek tp mulut laser bukan main . Dahlaa , mulut laser , cakap laju nak mati . Pening aku bile kau cakap zim , haha . Tapi laser laser pon , baik la jugak . Bukan semua manusia jahat en ? Adelah time time jahat tuh . Kalau bab ejek orang , dia paling kreatif . Mane belajar tak tahu . Aku ingat lagi time kau ejek bapak orang then diorang ejek bapak kau balek dgn panggilan Metro Station , haha . Padan muka kau !


Namanye Muhammad Farhan Bin Anuar . Seorang budak yang kaya . Nak kata kaye tk kaya , handphone hilang , dia buat rilek je . Tapi kaya dia nie kaya yang pemurah ,  bapak best ! Dia selalu belanje aku time gi cc and makan , sedap bhai ! 'Best la kau Amin , orang belanje.' Ayat yg selalu org cakap bile mamat nie belanje aku , jangan jeles ye kamu semua ? Mamat nie baik oh . Dia selalu teman aku charge phone kat kelas mse malam malam , haha . *Kantoi charge phone kat kelas -.-"

Nama diberi Muhd Zarul Idham Bin Jahari . Mase first time aku kenal dia , aku tengok dia nie hensem tapi macam berlagak tapi bila dah kenal semua en , barula tahu perangai dia ni . Dia ni baik , smart pon smart :P Dia ni selalu bagi geng aku biskut , biskut sedap pulak dia bagi . Fuh ! Sedap oh ! Time study , dia suke menyendiri , nak ketenangan katenye . Lastly , best ah kawan dengan kau .

Dah habis describe pasal diri korang , cite pasal hangout kite pulak . Kiteorang en setiap kali nak balek Kualal Lumpur mesti buat aktivi yang menarik seperti main bowling dan jalan jalan . Aku nak cerita mase kat KB Mall haritu , hehe . Kitaorang gerak dari skolah pkul 3 lebih then sampai stesen bas kul 4 . Lepas letak beg tu , bermula lah aktiviti rasmi iaitu JALAN JALAN !

Mase on the way nak gi KB Mall kiteorang bercerita supaye tk penat dan boring . Cerita punye cerita , sampailah ke destinasi . Dah sampai tu , solat Asar dulu sbb tk baek lewatkan solat . After that , round round kat situ . Sampailah sorang cakap 'Weh , jom bowling nak ?' pastu kiteorang pon meng-ok-kan je lah . Main punye main smpai habes game , masuklah wktu solat so kiteorang pergi ke surau yang berdekatan .*Ade ke ayat meng-ok-kan ? Bantai je lah ! Blog aku , bukan blog orang :D

Lepas solat , pergi makan sbb perut dah nyanyi lagu yang best ! Haha . Lepas perut dah diisi , kiteorg pergi ke stesen bas utk tnggu bas supaye dapat pulang ke rumah yang tercinta :)

Itu je cerita yang aku ingat :P

Gambar kenangan .
Time Bowling .

Pizza Time !