Hello . Hari ni aku nak cerita ah pasal makan malam kadet polis sekolah aku . Best gila ah aku cakap ! Korang nak tahu ? Biar aku cerita . Kisah ni bermula masa SI (Sarjan Inspektor) bagi pengumuman dekat perhimpunan . Ayat dia lebih kurang macam ni 'Perhatian kepada semua ahli kor kadet polis . Anda semua diminta berkumpul di bawah pokok tanjung dengan segera selepas perhimpunan' Time tu aku dengan sahabat aku punya lah malas nak pergi . Tapi nak buat camne en , terpakse je lah pergi . Bak kata orang , arahan pemimpin wajib patuh selagi tak melanggar hukum syarak :P
Bile dah kumpul tu , dia cakap pasal makan malam . Kita orang happy campur sedih . Kita orang happy sebab lepas ni dah takde latihan semua tapi yang sedih nye kena bayar RM20 . Duit dah la kering , haha . Lepas habis pejumpaan tu , kita orang pergi ke kelas lah , nak belajar . Exam dah dekat weh . Esoknya , kami pergi bilik kadet nak langsaikan duit makan malam tu , kalau lewat bayar karang bising pulak mulut Si Hasif tu . Mulut dah la laser gila , bingit weh telinga aku ! Haha . *Sempat lagi kau kutuk Hasif ye Amin :)
Malam nak pergi tu , aku dengan kawan aku yang F2 polis siap lah dengan baju melayu sepasang . Fuh ! Menyerlah weh , macam nak pergi berkahwin pulak . Sebelum nak turun tu , Adam tanya ' Weh , korang biar betul nak turun dengan baju sepasan ni ? ' Aku jawab ' Bantai ah . Bukan ada apa apa pun . Lepak ah . ' Pastu kita orang gi masjid , sampai dekat masjid tu , orang tengok kita orang semacam . Kita orang pun buat lah muka takda perasaan , haha . Malu gila lah time tu ! Lepas solat Maghrib , kita orang terus keluar . Tak sanggup duduk situ lama lama , tak tahan !
Lepas keluar tu , kami pakai ah kasut hitam yang kami pinjam , haha . Lepas tu , kami tunggu la APR(Ahli Pangkat Rendah) datang . Dalam pukul 8.30 dia datang . Lepas dia sampai tu , dia bagi arahan suruh masuk dalam barisan , kami follow je lah . Tak ikut nanti , kena pumping pulak . Segan je , haha . Then dia suruh kita orang pergi naik bas . Perjalanan bas ke destinasi mengambil masa lebih kurang 10 minit . Dalam 10 minit tu , kami bermanfaatkan nya dengan berborak . Haha .
Lepas sampai tu , SI suruh kumpul dekat atas ambil tempat masing masing . Adam dah buat plan , dia suruh duduk sekali . Lepas dah duduk tu , ade ucapan daripada pengetua , guru penasihat dan SI tahun lepas . Time SI tahun lepas tu bagi ucapan la paling kelakar , dia terketar ketar nak berucap . Kita orang cover je nak gelak , haha . Lepas ucapan yang boring tu , acara yang dinanti-nantikan telah tiba . Iaitu MAKAN ! Haha . Fuh ! Makanan sedap sedap . Antaranya satey , ayam blackpepper , telur dadar . Yang paling sedap sekali tomyam ah .Kecut perut weh ! Lepas doa tu , kami makan ah . Laju gila makan , macam orang kebulur pulak . Lepas makan semua , ade event cabutan bertuah . Time ni memang kita orang mengharap kita orang terpilih tapi malangnya kita orang tak dapat , haha .
Lepas semua tu , orang orang besar semua balik tidur . Sementara tunggu bas sampai , kitaorang tengok video kawad peringkat MASSAK . Memula tengok smart tau then tiba tiba ada sedikit cacat pulak , kasihan . Ingatkan lepas tengok video tu , bas dah sampai tapi tak sampai lagi so sambung la pulak dengan ucapan terakhir F5 . Antara semua ucapan , ucapan Ashraf Hadi lah paling kelakar . Ucapan dia , dia cerita masa dia pergi khemah MASSAK . Malam tu dia nak pergi tandas , dia pun pergi lah tandas konstabel . Tandas tu buruk gila lah weh so dia pun tukar pergi tandas orang besar . Tandas dah lawa tapi pintu pulak takda tempat nak lock , kesian gila lah . Time tu memang dia tak tahan dah , dia pun melepas kat situ . Time tengah melabur tu , tetiba ada orang buka pintu . Terkejut weh ! Orang besar tu pun tutup pintu balik , haha . Lepas selesai tu dia keluar ah , time keluar pun terkejut jugak . Yelah , orang besar tu mandi pakai spender je , tak malu gila lah ! Dia pun cepat cepat ah keluar dari situ , haha . *Acap Acap , kasiha lah dekat kau . Time nak melabur pon ade orang nak skodeng , haha .
Lepas ucapan selesai , bas pon datang . Then kita orang pun balik lah ke asrama . Penat gila lah weh ! Tapi nasib baik puas hati :)
Sekian ,
No comments:
Post a Comment