Saturday, September 25, 2010

Jogging oh Jogging

Semalam hari yang agak best sebab aku dan geng aku pergi jogging . Cuti raya 2 minggu ni buat perut kami semua nampak agak buncit so kami decide untuk berjogging .

Cerita bermula begini , lepas solat Subuh kawan aku , Adam ajak pergi jogging . Memula kami malas nak pergi tapi bila tengok perut kami yang agak buncit so kami pun setuju lah walaupon cuma 5 orang sahaja yang pergi . Lepas itu kami pon naik atas dorm untuk bersiap . Lepas semua siap , kami berjogging ke Taman Tunku Anis pukul 7.15 pagi . Dalam perjalanan , kitaorang berjogging ala-ala kadet polis sikit sebab kami kan kadet polis except sorang kawan kami iaitu Farhan .

Agak-agak dalam pukul 7.45 kami sampai ke destinasi , dah sampai tu kami tak berhenti jog lagi . Kami cuma lari setempat sebab kami nak cuba round tempat tu tanpa stop , haha . Bila dah round dekat tempat tu , kami berhenti dekat tempat latihan fizikal . Kitaorang cuba macam-macam benda dekat situ , penat oh ! Tapi berbaloi la jugak .

Lepas jogging semua , kami pon ambil lah gambar kenangan . Haha !

Ni antara yang gambar sempat kami ambil :-
Terima Kasih kerana membaca blog saya :)

*Sori , post kali ni ayat agak skema kerana aku saje je tulis macam ni . Kalau tk puas hati , korang boleh komen dekat Aduan Rakyat ;)

No comments:

Post a Comment