Hoi kawan ! Hari ni aku buat miracle sikit iaitu memasak . Okay , aku tahu memasak tu perkara biasa tapi aku masak Rendang Ayam , itu yang buat perkara luar biasa :)
Al-kisah bermula ketika aku mengahadap PC . Tetiba je abah aku panggil , dia suruh aku tolong memasak Rendang Ayam . Memula aku malas lah jugak tapi abah aku punya pasal lah en , aku tolong je lah . Memula dia suruh kupas kulit bawang , benda yang paling malas aku nak buat -.- . Aku fikir dalam 5-6 biji macam tu . Last-last berbelas belas , tangan aku jadi lenguh lah jugak . Lepas tu , abah suruh potong bawang merah dengan bawang putih plus halia . Aku potong lah ketiga-tiga bahan tu sehalus mungkin walaupun tak seberapa halus , haha . Biasalah , tangan lelaki macam aku mane ade seni . Lepas potong tu , abah tanya 'Kenapa potong bawang halus ?' Aku jawab 'Abah yang mintak tadi en ?' Abah balas 'Abah suruh halia je potong halus , bawang takde . Ape lah kamu ni.' Aku pun jadi malu-malu kucing .
Lepas potong ape semua , aku tengok ah jam . Waktu tu dah pukul 12.30 dan aku tak mandi ape semua lagi . Abah dah perli aku , dia cakap bau macam aku macam kambing -.- Lepas dah kena perli , aku mandi lah , hilangkan bau aku yang konon nya macam kambing tu , haha . Sebelum aku mandi , abah cakap sambung kerja lepas solat Jumaat . Aku patuh je lah cakap bos . Nasib baik lah surau depan flat aku dah boleh buat solat Jumaat so jimat lah masa aku nak pergi buat solat Jumaat tu :D
Lepas solat Jumaat , aku terus balik dan terus kacau rendang . Memula senang lah nak kacau sebab kuah dia tak pekat lagi then bila dah lama-lama , kuah tu jadi pekat melekat , payah habis lah aku nak kacau . Bila abah balik je dia tanya aku buat apa . Aku cakap lah tengah kacau rendang . Then abah cakap 'Larat ke nak kacau kuah rendang yang dah pekat tu ?' Aku balas lah 'Alah , setakat kuah ni apa lah sangat . Kalau kuah rendang pun tak larat nak kacau , baik keluar je polis tu .' Abah balas balik 'Memanglah tapi kalau latihan pon ponteng , sama je lah . Hehe.' Aku pun senyum kambing pulak .
Kacau tu aku bajet dalam 15minit macam tu tapi 1jam gak aku buat , lenguh habis lah . Lagi penat dari kupas dengan potong bawang , hehe . Lepas habis kacau tu , aku hidang lah kat adik-adik aku . Then abah cakap pasal makanan . Antaranya :-
-Kalau nak tahu nikmat makanan tu try lah masak kerana makan lebih mudah daripada masak . Apabila kamu masak , kamu akan tahu payah nya memasak so janganlah complain bila kamu makanan yang tak sedap tapi hargai lah .
-Walaupun makanan tu tak sedap bagi seseorang tetapi bagi yang pemasak , makanan tu sedap bagi nya kerana makanan tu dimasak sendiri oleh tangannya .
Sekian , terima kasih :)
*Terima kasih abah sebab bagi nasihat ni . I love you .
No comments:
Post a Comment