Wednesday, November 28, 2012

Makan-makan.

Assalamualaikum kepada pembaca. Apa khabar semua? Aku harap korang dah gosok gigi dulu sebelum bace blog aku sebab taknak orang yang mulut busuk baca blog aku hehe.

Orait, terus ke kepada tajuk yang aku nak tulis. Kali ni aku nak cita pasal makan malam kadet polis sekolah aku. Aku dengan member kadet aku yang f4 diwajibkan buat makan malam tahunan kadet dan diberi tempoh masa cuma 2 minggu. Pasal makan malam tu memang boleh terima tapi cuma 2 minggu, cuma 2 minggu? Memang tak ah kot, haih. Nak injak tak boleh dah, nak taknak kena buat jugak dalam masa 2 minggu.

Minggu pertama kitorang buat mesyuarat. Lantik pengarah apa semua dan belajar cara nak buat surat. Banyak semua kitorang baru belajar dalam 2 minggu ni.Mintak kawan selain kadet ajar. Memula memang lah down sikit, tapi orang cakap "jangan mengalah sebelum berjuang." So buatlah sebaik mungkin, untuk kadet kitorang gak. Pada minggu yang pertama jugak, aku dan separuh dari rakan aku pergi ke KB untuk kutip dana (nampak cam gempak sikit) sambil cari tempat yang kaya then hantar surat sponsor ke tetmpat tersebut.

Waktu cuti Jumaat Sabtu tu gerak ramai ramai gi KB dan bahagilah tempat. Kang kalau semua gi tempat sekali, jadi lambat pulak, letih lagi. Mintak punya mintak, cari punya cari akhirnya sudah petang. Hasilnya adalah sikit, hahaha. Then balik lah rumah, eh asrama. Then, adalah time tu bank call, segan aku menjawab. Punya main lembut ayat aku, macam nak ambil ujian je. Takpa takpa, tebal muka. Korban sikit.

Dalam beberapa hari sebelum makan malam, kitorang settle hadiah, hamper, cendermata dan etc. Pada hari sebenar, kelam kabut lah sikit sebab tak pernah handle program kan tapi still jadi alhamdulillah, terima kasih Allah :)

Aku sangat bersyukur sebab makan malam tu jadi walaupun kelam kabut sikit sebab kali pertama aku dan kawan kawan aku handle program sendiri.

Sedikit gambar kenangan :






*Gambar aku banyak sebab blog aku, huahehehehehe.