Thursday, October 20, 2011

17 Oktober 2011 :O

Assalamualaikum pembuka bicara, harini saya ada benda, kalau tuan ada masa, marilah membaca blog saya. Woah gila aku buat pantun, hahaha. Okay, aku nak update something best harini. For VOC and their new friends :)

Orait, malas cite panjang. Straight to the story bro. Isnin, hari yang best campur letih, sakit hati dan berbulu haha. Aku dan geng aku gi ah Mid kan, saje saje. Lagipun ada lagi geng aku yang tak pergi Mid so macam cari pengalaman kat tempat baru lah kan. Aku gerak dengan Fakhri, dari Pandan Indah ke KL Sentral, jumpa diorang. Diorang tu VOC ah, dah lama tak hangout sekali kan. Then sampai sana tuh, Adam dah tunggu dengan muka dia baru bangun tido. Dah ah awal, gerak dari rumah pukul 8.30. Gila babi ah budak ni, haha. Lepastu jumpa Biskut pulak, dia ni awal jugak. Cuma mana tah sesat. Lantak hang lah, main jauh lagi padan muka

Adam & Biskut

Then tunggu yang lain pulak, kira kira dalam 10 lebih tu semua sampai. Dah gather apa semua tu kan, gi ah menuju ke KTM. KTM ni pun bukan semua pernah gi, aku yang dah lama naik pun boleh lupa. Time tengah tunggu KTM tu, ada announcement " Perhatian kepada semua penumpang, KTM akan tiba dalam.." Bla bla bla, aku tak hafal apa dia ngarut. Then sampai tu, kitaorang naik ah terus letih punya pasal. Then naik tu, tetibe je bunyi yang KTM ni nak gi Rawang. Aku pun macam, argh. Babeng, salah KTM pulak dah. Takpa, sabar. Pastu, turun je lah kat stesen seterusnya. Turun tuh, kitaorang tunggu dalam 15minit, lama gak do. Tunggu tak buat pape. Sampai KTM tu, kitaorang gabram betul ke KTM ni gi Mid. Nasib baik betul, lega ~ Kesian Zarul dengan budak perempuan, tunggu kitaorang lama gila. Hehe sorry kawan.

Sampai sana je terus jumpa Zarul, then cari bebudak perempuan. Dah gather apa semua, ada yang menggelejat dengan awek. HAHA bongok je korang. Lepastu, gi ah wayang. Pilih movie, semua kata sepakat nak tengok cita Real Steel. Aku tak kisah, aku follow korang je.


Orait, aku malas nak cite pasal movie ni. Tapi movie ni ajar ah sikit. Pasal pentingnya keluarga, jangan tinggalkan diorang. Nak best lagi, gi ah tengok hehe. Kat dalam wayang tu, habis ketar dah aku. Sejuk nak mampus, boleh beku do. Lepas movie ni, bergambor ah kejap then gi Arcade sambil tunggu bebudak perempuan tu solat. Bengong sangat solat lewat, haha. Lepak punya lepak, then diorang call Fakhri. Diaorang tanya kat mana, Fakhri jawab ah dekat dengan dekat Arcade, sebelah dengan boling tu. Sambil tunggu diorang, snap gambar jap



Lepas jumpa balik tu, main ah bowling kan. Main punya main, mesti ah ada menang dengan kalah kan. Yang menang tu? Haih, susah aku nak cakap. Ketar tangan nak taip ni, haha. Lantak ah siapa menang pun, bukan penting kan. Hahaha. Lepas main bowling tuh, semua nak balik lah kan. Gi kat KTM tu, tunggu gila lah punya lama. Masing masing fikir nak bagi alasan apa. Kesian korang do, tak pasal pasal kena balik malam. Sambil fikir tu, KTM pun datang. Sampai je kat KL Sentral, semua split kan. Kat KL Sentral pun dan lagi nak bagi nick name. Macam macam ah korang. Nama aku Amin ni pun jadi Aiman, bapak semat haha.

Then time dekat Masjid Jamek tu, ramai ah ikut jalan masing masing. Aku, Ghafur dengan Fakhri gerak gi rumah aku. Puas hati do. Overall, semua pakai hensem dan lawa. Sumpah puas, even balik malam :')

Masjid Jamek :)



Mid Valley :)

Sampai di sini saja nukilan dari Amin Zahidi haha. Nak tengok gambar comel tak? HEHEHE

Hehe aku perasan je lah :P

Tuesday, October 11, 2011

Habis dah habis dah

Assalamualaikum korang. Haha aku dah rasa aman dah do. Gembira semua ada, takda dah rasa nak belajar ni. Al-maklum baru lepas tamat PMR HEHE. Seminggu PMR tu rasa lama gila, memang tak tahan. Bebudak PMR semua duk study sana sini, pelik dah aku. Aku je rilek hehe.

Malam first day PMR tu memang semua rajin gila lah study, yelah. Semua nak 9A kan, orang pelik je tak nak haha. Then masa first day masuk dewan tu semua senyap kan, yelah malu lah kalau pengawas sekolah lain tengok sekolah aku ni teruk. So exam berjalan macam biasa, senyap tanpa suara. Memang ajaib ah aku tengok. Pelik hehehe.

Masa second day tuh macam dah ada suara suara, macam tak cuak mana diaorang dengan pengawas. Haha aku usha je ah. Masa hari ke-3 tu yang gempak tu. Bising dah sikit dewan. Pengawas bagi aku jawapan oh, bapak rezeki. Redha je lah dah dapat jawapan kan HEHE. Jangan jeles lah korang, rezeki aku ni.

Hari keempat dengan kelima tu takyah kira lah, semua dah tak cuak dengan pengawas. Haha dasyat lah korang, pengawas tempat aku tu pun rilek je. Takpelah, nak buat camne. Nama pun sekolah untuk lelaki SAHAJA so takda ah perasaan malu kan. Kalau ada perempuan, boleh lah diaorang semua nak cover, malu dengan awek lah konon nya. Haha.

Ok ah, aku tak tahu apa nak mencarut kat sini lagi. Btw, nak wish kat VOC, BUM, ex-ILMI dan semua yang kenal aku yang ambil PMR tahun ni. Semoga korang dapat 9A, aku doakan korang do kawan. InsyaAllah :)