Assalamualaikum kepada semua yang baca blog aku. Memandangkan bulan Ramadhan dah dekat so aku nak cite lah sikit pasal bulan tersebut. Apa yang aku tahu aku cerita, ada ilmu kita kongsi.
Bulan Ramadhan ni bulan yang ke-9 dalam kalendar Hijrah. Bulan ni lah yang mana pintu neraka ditutup serapat-rapatnya dan pintu syurga dibukak seluas-luasnya. Syaitan? Syaitan sah-sah dah ah kena rantai, padan muka! So kalau ada gak yang buat setan time bulan ni, aku taktau nak kategorikan apa. Syaitan kena rantai tapi nafsu tak kena, jadi kita mesti lah didik nafsu ni. Bukan ikut nafsu, binasa do nanti.
Err aku bukan nak cite pasal nafsu, syaitan apa semua tu. Bulan ni yang bestnya ialah bila kau buat satu amalan tu, amalan tu akan dilipatkali gandakan. Contohnya camni, kalau kau buat amalan fardhu, pahala amalan fardhu tersebut akan dilipatkali gandakan sebanyak 70 kali ganda dan pahala amalan sunat akan dijadikan sebagai pahala amalan fardhu.
TAPI! Haa ada tapi tapi ni mesti buat korang cuak kan? Hahaha. Bila korang buat dosa sikit, dosa tu akan dilipat jugak tapi dilipat banyak mana tu aku taktau, hehehe sori.
Bulan Ramdhan ada gak benda istimewa, iaitu Malam Qadar atau LailatulQadar. Bukan senang nak dapat, tapi kalau dah dapat, ia ibarat kau buat amalan 1000 bulan. Kalau dapat tu, alhamdulillah lah. Jadi nak dapat tu kena ah usaha sungguh-sungguh.
Cakap pasal puasa kan, aku teringat time kecik-kecik. Dulu time darjah brape tah, aku ingat bila tak boleh minum air ni refer dekat air yang dimasak, dibuat pastu aku ingat air paip ni boleh. Aku pun pergi ah tandas, minum air paip hehehe. Tu zaman kanak-kanak, mana tau tapi bila dah besar ni, alhamdulillah takde ponteng.
Jadi, puasa penuh, jangan ponteng, kalau tak penuh, alahai taktau nak cakap apa.
No comments:
Post a Comment