Saturday, November 20, 2010

Hari Raya Aidiladha .

Hai ! Pagi tadi adalah hari yang best bagi aku sebab follow bapak aku pergi korban . Banyak benda best yang ade weh , haha . Korang nak tahu cerita dia ? Tak nak tahu ? Takpelah , aku tak nak cerita dekat orang yang tak nak tahu , aku nak cerita dekat orang yang nak tahu je :)

Cerita dia macam ni . Sebelum aku pergi solat Subuh , abah ajak aku pergi korban dekat satu markas ni . Aku pun takde plan time tu , aku ikut je lah en daripada duduk dekat rumah tak buat ape ape . Pukul 8.30 macam tu , abah ajak lah pergi markas tu en , aku pun sarung seluar trek then terus follow abah . Bile dah sampai markas tuh , aku cari lah membe aku sebab membe aku bab korban ni semangat dia tinggi sikit . Aku pun tak tahulah kenape , gila korban kot , haha . Lepas dah jumpe kawan aku tu , aku nak tengok berape ekor lembu pulak kali ni . Tengok tengok 10 ekor , fuh ! Banyak gak tuh . Tapi tak kisah lah , yang penting kita enjoy !

Banyak kerja aku dapat buat dekat situ . Takpe , biar aku cerita satu satu . Memula aku tolong orang lapah kulit lembu . Actually aku tak tolong pun lapah , aku cuma tolong angkat kaki lembu tu supaya senang nak lapah kulit dia yang penuh dengan lemak yang tak bekrim tuh -.- Secara kebetulan , lori lembu tu ade dekat belakang aku dan ada sekor lembu kat dalam tuh . Aku pusing ah kebelakang sebab nak tengok lembu tu . Time aku tengok tu lembu tu tengah lompat lompat , gilo agaknye , haha .  Tengah syok aku tengok lembu tu lompat , tetibe datang benda yang tak best melekat dekat baju aku dan baju kawan aku iaitu TAIK lembu ! Tak gune kau lembu , busuk weh ! Nasib baik sikit je yang terpecik , aku pun lap lah dengan towel kawan aku . Hehe , nasib baik dia tak marah sebab dia pun lap same . Memandang lembu yang aku tengok tu lembu yang terakhir untuk dikorbankan , aku pun tak nak miss peluang untuk tolong mengorbankan lembu tu sambil mempunyai agenda aku iaitu REVENGE ! Bile lembu tu dah jatuh dek kerana abang dan pakcik dekat situ tarik menggunakan tali , aku pun datang pegang tanduk dengan kepala dia untuk diikat . Bila dah diikat , lembu tuh pun selamat disembelihkan . Haha puas hati aku :)

Selesai tuh , aku angkat kepala lembu . Fuh ! Berat gak . Dahlaa gigi dia keras , kau makan ape hah lembu ? Lepas tuh en , aku tengok ah abang ni lapah kulit kepala lembu tuh . Macam best weh , haha . Lepas tuh dia kerat lidah lembu , mase dia koyak kan mulut lembu untuk potong lidah tu kan , lidah lembu terjelir weh . Panjang gila lah , haha . Aku ingat benda geli geli ni dah habis , rupenye belum lagi . Abang tuh korek biji mata lembu tuh , fuh ! Ganas gila cara abang tu buat , terbayang pulak aku macam lembu tuh -.- Lepas dah cabut tuh , aku ingat dia buang tapi dia tak buang . Dia bagi dekat sorang pakcik ni . Aku ingat pakcik ni nak simpan ke ape rupenye tidak . Dia kerat sikit biji mata lembu tuh then dia picit , tetibe keluar macam jeli . Lepastu dia sedut ! Woah ! Geli geleman aku time tuh , ganas habis pakcik tuh .

Lepas tengok benda yang tak best tuh , aku terus lepak sambil tunggu kawan aku untuk aku balik . Dalam pukul 12 lebih , aku pulang ke rumah dengan perasaan bercampur campur -.-

*Post aku kali ni agak memeningkan aku rasa , haha . Sori lah . Btw , selamat membaca ! :)

6 comments:

zafryn azman said...

oi!niat x tul oi!ape ni,nak sembelih sebab nak revenge,x patut x patut,haha
nice!haha,keep on going!

Amin Zahidi said...

Bro , mase memula memang tak betul tapi bile time dia nak kena pisau tuh , aku dah tukar niat . Haha then lepas kena sembelih tu , darah dia memancut dekat aku -.- Btw , thanks ;)

aisya arifin said...

sanggup eh amin nie.wht the ...
aisyah dah lari da doe.tengok smpai potong urat jer.

Amin Zahidi said...

Haha Amin pegang kepale dia semalam . Rilek je , haha . Orang lelaki lah katakan :)

Ghasal said...

Wow! amin menolong orang menyembelih.bagus2.tempat aku lagi best.masjid yang paling jaoh dengan rumah aku je ade penyembelihan.SIOT . best ah ko dapat tengok lembu tu moomoo sambil keluar airmata.haha.btw, nice post amin.

Amin Zahidi said...

Thanks bro ! :)

Post a Comment