Thursday, December 1, 2011

Rumah Baru.

Assalamualaikum. Fuh! Hari yang aku tak nak tiba dah jadi, nak buat cane. Redha je lah, haha. Hari pindah rumah. Siapa nak pindah rumah kalau kau dah tinggal kat rumah tu sejak dari kau lahir. Tinggal kawan apa semua, memang tak ah bagi aku. Sedih kot. Silap silap boleh banjir sebab aku nangis, haha.

Selasa, hari keramat. Haha jadi hari keramat sebab hari tu ah aku kena pindah rumah. Kemas kemas barang apa semua pastu dalam pukul 9 camtu, lori pun angkat barang. Aku macam uuu pindah gak aku. Rumah baru tu, besar dah besar, alhamdulillah. Tapi kosong, tak ramai orang. Aku pun fikir lah, camne nak cari kawan. Tapi dah mak aku nak pindah, aku taknak lah lawan. Aku pun nak ah jugak jadi budak baik, dengar cakap mak bapak diorang kan. Hahaha.

Angkat barang apa semua. Lepas tu, aku ikut ah abah aku gi Putrajaya dengan Aus. Gi rumah baru, punggah barang apa semua. Siapa sangka orang kerja angkat barang tu takda ilmu, ada weh. Ilmu ni luas, kau je kena cari. Hahaha. Dah letih angkat barang, bapak aku bawak gi makan. Fuh! Ayam kampung, bedal je ah. Jangan memilih, makanan ni bukan murah. Membazir amalan syaitan, kan? Hahaha.

Malam tu, aku fikir je lah pasal rumah. Ok ke tak aku nanti, haha. Takpelah, aku follow je nanti. InsyaAllah jadi elok, mak aku cakap mana tahu dapat kawan kan nanti :)

Ok ah, aku tak tahu nak tulis apa lagi, hehe. Assalamualaikum :)

Thursday, October 20, 2011

17 Oktober 2011 :O

Assalamualaikum pembuka bicara, harini saya ada benda, kalau tuan ada masa, marilah membaca blog saya. Woah gila aku buat pantun, hahaha. Okay, aku nak update something best harini. For VOC and their new friends :)

Orait, malas cite panjang. Straight to the story bro. Isnin, hari yang best campur letih, sakit hati dan berbulu haha. Aku dan geng aku gi ah Mid kan, saje saje. Lagipun ada lagi geng aku yang tak pergi Mid so macam cari pengalaman kat tempat baru lah kan. Aku gerak dengan Fakhri, dari Pandan Indah ke KL Sentral, jumpa diorang. Diorang tu VOC ah, dah lama tak hangout sekali kan. Then sampai sana tuh, Adam dah tunggu dengan muka dia baru bangun tido. Dah ah awal, gerak dari rumah pukul 8.30. Gila babi ah budak ni, haha. Lepastu jumpa Biskut pulak, dia ni awal jugak. Cuma mana tah sesat. Lantak hang lah, main jauh lagi padan muka

Adam & Biskut

Then tunggu yang lain pulak, kira kira dalam 10 lebih tu semua sampai. Dah gather apa semua tu kan, gi ah menuju ke KTM. KTM ni pun bukan semua pernah gi, aku yang dah lama naik pun boleh lupa. Time tengah tunggu KTM tu, ada announcement " Perhatian kepada semua penumpang, KTM akan tiba dalam.." Bla bla bla, aku tak hafal apa dia ngarut. Then sampai tu, kitaorang naik ah terus letih punya pasal. Then naik tu, tetibe je bunyi yang KTM ni nak gi Rawang. Aku pun macam, argh. Babeng, salah KTM pulak dah. Takpa, sabar. Pastu, turun je lah kat stesen seterusnya. Turun tuh, kitaorang tunggu dalam 15minit, lama gak do. Tunggu tak buat pape. Sampai KTM tu, kitaorang gabram betul ke KTM ni gi Mid. Nasib baik betul, lega ~ Kesian Zarul dengan budak perempuan, tunggu kitaorang lama gila. Hehe sorry kawan.

Sampai sana je terus jumpa Zarul, then cari bebudak perempuan. Dah gather apa semua, ada yang menggelejat dengan awek. HAHA bongok je korang. Lepastu, gi ah wayang. Pilih movie, semua kata sepakat nak tengok cita Real Steel. Aku tak kisah, aku follow korang je.


Orait, aku malas nak cite pasal movie ni. Tapi movie ni ajar ah sikit. Pasal pentingnya keluarga, jangan tinggalkan diorang. Nak best lagi, gi ah tengok hehe. Kat dalam wayang tu, habis ketar dah aku. Sejuk nak mampus, boleh beku do. Lepas movie ni, bergambor ah kejap then gi Arcade sambil tunggu bebudak perempuan tu solat. Bengong sangat solat lewat, haha. Lepak punya lepak, then diorang call Fakhri. Diaorang tanya kat mana, Fakhri jawab ah dekat dengan dekat Arcade, sebelah dengan boling tu. Sambil tunggu diorang, snap gambar jap



Lepas jumpa balik tu, main ah bowling kan. Main punya main, mesti ah ada menang dengan kalah kan. Yang menang tu? Haih, susah aku nak cakap. Ketar tangan nak taip ni, haha. Lantak ah siapa menang pun, bukan penting kan. Hahaha. Lepas main bowling tuh, semua nak balik lah kan. Gi kat KTM tu, tunggu gila lah punya lama. Masing masing fikir nak bagi alasan apa. Kesian korang do, tak pasal pasal kena balik malam. Sambil fikir tu, KTM pun datang. Sampai je kat KL Sentral, semua split kan. Kat KL Sentral pun dan lagi nak bagi nick name. Macam macam ah korang. Nama aku Amin ni pun jadi Aiman, bapak semat haha.

Then time dekat Masjid Jamek tu, ramai ah ikut jalan masing masing. Aku, Ghafur dengan Fakhri gerak gi rumah aku. Puas hati do. Overall, semua pakai hensem dan lawa. Sumpah puas, even balik malam :')

Masjid Jamek :)



Mid Valley :)

Sampai di sini saja nukilan dari Amin Zahidi haha. Nak tengok gambar comel tak? HEHEHE

Hehe aku perasan je lah :P

Tuesday, October 11, 2011

Habis dah habis dah

Assalamualaikum korang. Haha aku dah rasa aman dah do. Gembira semua ada, takda dah rasa nak belajar ni. Al-maklum baru lepas tamat PMR HEHE. Seminggu PMR tu rasa lama gila, memang tak tahan. Bebudak PMR semua duk study sana sini, pelik dah aku. Aku je rilek hehe.

Malam first day PMR tu memang semua rajin gila lah study, yelah. Semua nak 9A kan, orang pelik je tak nak haha. Then masa first day masuk dewan tu semua senyap kan, yelah malu lah kalau pengawas sekolah lain tengok sekolah aku ni teruk. So exam berjalan macam biasa, senyap tanpa suara. Memang ajaib ah aku tengok. Pelik hehehe.

Masa second day tuh macam dah ada suara suara, macam tak cuak mana diaorang dengan pengawas. Haha aku usha je ah. Masa hari ke-3 tu yang gempak tu. Bising dah sikit dewan. Pengawas bagi aku jawapan oh, bapak rezeki. Redha je lah dah dapat jawapan kan HEHE. Jangan jeles lah korang, rezeki aku ni.

Hari keempat dengan kelima tu takyah kira lah, semua dah tak cuak dengan pengawas. Haha dasyat lah korang, pengawas tempat aku tu pun rilek je. Takpelah, nak buat camne. Nama pun sekolah untuk lelaki SAHAJA so takda ah perasaan malu kan. Kalau ada perempuan, boleh lah diaorang semua nak cover, malu dengan awek lah konon nya. Haha.

Ok ah, aku tak tahu apa nak mencarut kat sini lagi. Btw, nak wish kat VOC, BUM, ex-ILMI dan semua yang kenal aku yang ambil PMR tahun ni. Semoga korang dapat 9A, aku doakan korang do kawan. InsyaAllah :)

Wednesday, August 31, 2011

Raya raya!

Fuh! Semua orang kat FB dah pakat update status tukar DP ape semua pasal raya. Haih, jeles lah jugak. Diorang update pasal raya kat FB, aku pulak update pasal raya kat blog, lagi masyuk weh :)

Tahun ni aku pakai sampin. Banyak orang pelik, "Eh Amin, pakai sampin?" " Amin pakai sampin lah" Hadoi, macam macam lagi. Haha aku pun bangga ah kejap even kena perli actually. Ye ah, sekian lame tak pakai sampin tetibe je tahun ni pakai sampin, rase cam nak kahwin pun ade hehe. Dah dah, belajar pun tak habis, ade hati nak kawin. Ok cukup, lari topik pulak dah aku ni.

Pukul 7.00 pagi:
Ikut uncle pergi kubur, bace Yassin untuk arwah dan semua yang dah meninggal kat situ. Aku pergi dengan Luqman, dah lame jugak kiteorang pergi kubur arwah. Al-Fatihah untuk arwah nenek atuk saya :)

Pukul 8.30 pagi:
"Min, Man, dah lewat ni. Korang ni nak gi solat ke tak? Cepat lah! Orang dah tunggu!" Err lebih kurang camni ah kena fire, aku dengan cousin aku, Luqman. Lewat gila. Sorry eh? Tak buat lagi dah, hehe. Sampai je surau tuh, solat lah. Orang dah nak rukuk, kau baru masuk. Bagus lah tuu. Lepas habis solat, khutbat. Fuh! Time ni mata gua memang ah sangat gila ngantuk. Ni ah balasan tido pukul 4 berapa tah. Tapi yang pasti pagi -.-

Habis khutbah, balek rumah. Makan ape segala then round kampung dengan motor. Time ni ah sepupu aku duk sebok snap gambar dia nak bagi awek dia, hehe. Nasib baik kau amek gambar aku jugak Man, sayang kau. Hahaha. Balek rumah je lepak jap, pastu Luqman ni suruh amek gambar lagi. Memula pakai iPhone then BB pulak. Layan je lah, janji ade gambar aku sikit :P

Dalam pukul 11 camtuh, family aku ajak aku dengan Luqman ni gi beraya. Hadoi, rase cam menteri dah kena jemput ni. Hehe. Diorang bukan ajak sebenarnye, PAKSA sebab kiteorang ni malas nak gi beraya. Hehehe kantoi dah Amin, kantoii.. Kami pun pergi je lah, tak sanggup kena fire lagi. Pedih!! Tapi gi dengan motor lah, macam biasa. Haha.

Pergi raya tuh dalam dua rumah je then mama, auntie ape semua nak gi Ayer Putih pulak. Malas nak ikot, nak duduk rumah main game. Lepas letak motor ape semua, rehat lah *Main PS2 actually* Main punye main, tertido. Haha aku tido tuh dalam pukul 3 lebih bangun dah. Sorry lah eh lambat reply text awak tuh, hehe. Tengok fon sepupu aku pulak, ambik kau! 45 Misscalled! Woah! Lagi dasyat :O

Then malam macam biasa, tido lewat dalam pukul 4 lagi kot. Hehehe. Dapat ah ber-text text kejap dengan buah hati. Kui kui kui




Dua sudah dah, tengok banyak nanti korang nak ngorat pulak :P

Sunday, August 28, 2011

Glory Manchester United!

Hoi hoi! Tadi aku gi ah tengok bola kat kedai mamak. Rajin pulak aku gi kedai mamak ni. Tapi dah MU punye pasal, nak buat camne kan. Aku pulak kipas susah mati MU even tak amek berat sangat pasal MU nih. Hehehe.

Memule tengok tuh, aku ah semangat. Focus habis tapi ade time untuk text-ing. Kalau tak, nanti orang tuh buat muke comel pulak. Hehe maaf ye awak, bukan nak perli. Ok, jangan nak manje sangat kat sini ye Amin, sebat kau japgi. Back to the topic, aku tengok tuh memang penuh semangat ah. Yelah, MU duk main push je, kesian pulak kat Arsenal tuh. Tengok punye tengok, Welbeck gol lalu aku pun melonjak kegembiraan, haha ok aku tipu.


Lepas mamat atas ni gol, orang bawah ni pulak gol..

Nama diberi Ashley Young. Gempak gempak. jauh gile kau rembat do mamat. Dua gol kau dapat. Then sambung pulak freekick dari sorang ni


Lawa gol kau, haha. Hatrick ye kau harini. Tabik sama lu! Lepas tuh lepas tuh, jaringan daripada Nani!


Dapat satu pun jadi kan Nani? Then Ji Sung pulak gol, dah ah baru tukar. Hehehe. Arsenal dapat gak gol, Persie dengan Walcott tapi aku malas nak upload sebab aku tak minat, hehehe.


Fuh! Memang puas ah aku tengok. Hehe. Dah dah, malas mengarut panjang lagi. Conclusion nya, MU menang :)

Welbeck 21' Young 28' Rooney 41' Walcott 45' Rooney 64' Nani 67' Ji Sung 70' Persie 74' Rooney 82' Young 90'

Saturday, August 27, 2011

Hello there! How's your life? Banyak bagus? Kui kui kui. Well, macam korang tahu, lame gila babeng lah aku tak update blog aku. Harap je blog lawa, update pun tak. Haktuih! *Ok, aku saje puji blog aku. Hehe.

Actually, jadah ape pun aku tak tahu nak update apa pasal blog aku ni. Maklumlah, lame gila tak ber-blogging. Hehehe. Takpe ah, aku cite gak ah something. Apa? Tak nak bace? Go to da H E L L lah! Hahaha. Story begins here :

Sabtu, 27/8/2011. Aku dengan Zakwan pergi ah jejalan cari baju. Niat di hati nak teman cari baju pastu beli baju melayu aku je tapi bile dah keluar KL kan, so faham faham je lah. Sampai je Hang Tuah aku tengok Zakwan dah duduk kepanasan, mungkin sebab tunggu aku kot. Hehe jangan marah bro. Then lepas jumpe dia tuh mule lah nak plan nak gi mana. Zakwan cakap nak usha wayang kat TS, ade Glee ke tak. Aku pun ok je lah, pastu gi sane takde pulak Glee -.-"

Dah takde tu, malas lah nak fikir pasal wayang dulu, better cari keperluan dulu kan. So pergi lah BB Plaza, naik floor tinggi tinggi sikit hehe. Dah jumpe kedai, Zakwan pun borong lah bebaju (baju-baju) Dia beli dua helai. Lawa gak, jeles aku. Dah habis baju dia, turn aku pulak memborong, hehe. Aku pergi beli baju Melayu, nak raya baru nak beli. Memang style lah Amin. Baju dah lawa, purple tapi beg plastik tuh besar bukan main, siap bagi hanger -.-"

Lepas BB, Zakwan ajak gi Pavilion, dia cakap nak usha sane. Dia pun tak pernah pergi kan so bawak je lah. Sampai Pavi tuh, Zakwan macam woaaa! Haha lek ah Zakwan, jangan over. Hehe. Round situ jap the gi lah wayang, cari Glee, takde jugak so amek SpyKids. Jadi budak budak, haha.



Lepas habis cite nih, round lagi lah. Mase pun banyak jugak kan. Then Zakwan ajak gi DC, dia cakap kalau ade baju bawah RM100 dia nak angkut. Dah pergi sane tuh, amek kau. Baju semua RM120 ke atas. Harga tu lawa bukan main. Hahaha. Dia pun putus harapan so blah je lah dari Pavi tuh. Hahaha. Balek pun sesak gila, kesian aku (takyah kesian kat Zakwan tuh) Hehehe.

So, bace ah korang. Aku dah lame tak berblog ni, ayat pun cam cikut je. Hehe sorry lah ye. Enjoy ~

Wednesday, June 22, 2011

Akhirnya Terkorban :)

Yo bloggie! Lame gila lah do aku tak update kau, kesian kau. Aku bukan ape, dekat asrama ni kan aku tak tau nak update kau macam mana so aku tinggal je lah. Hehehe. Sori sori :P

Pelik kan tajuk aku? Kan kan? Aku buat tajuk camtu sebab pasal rambut aku ni haa. Hehehe. Rambut aku ni kan dah 3 tahun spotcheck tak pernah kantoi. Tapi harini, plus tahun ni rambut aku pun terkorban jua. Sebab nye dengan ustaz time spotcheck. Aku pun redha je lah :)

Yelah, first time kena kan. Rase bangang lah sikit, satu hari aku duk raba raba rambut belakang -.- Nasib baik atas tak kena, fuh! Lega.. Haha. Lepas sekolah tuh, makan ape semua kan then naik atas dorm lah. Mintak kawan aku repair rambut belakang aku. Memula dia repair lah, dah repair tuh. Tetibe dia tanye " Min, nak aku potong tak atas?" Aku cakap lah " Boleh gak kot, buat cam ape tuh." Dia " Mohawk?" Aku pun " Haa lawa lah.Camtuh camtuh"

Dia pun buat lah. Jeng jeng jeng! Boleh blah gak lah rambut aku sekarang. Hehe. Pastu rambut aku sekarang adalah Mohawk. HAHA. Boleh challenge tak korang?

Saturday, May 21, 2011

Hari Malang

Okay, aku dah lame tak ber-blogging. Aku pun dah lupe camne nak taip macam dulu -,-

Aku ade benda nak cerita pasal fon aku yang hilang ni. Orang cakap "ce citer ce citer" Okay okay, aku tahu kau nak tahu cerita aku tuh. Sabar lah, jangan bising bising aku nak tulis lah ni =.= Pada pagi Subuh, aku siaplah nak turun pergi masjid nak solat Subuh. Time tuh fon aku ade lagi lah kan dalam seluar then aku lipat lah seluar tuh sekemas-kemas mungking. Pastu simpan yang cover sikit. Aku pun turun lah gi solat. Lepas solat, aku naik lah atas, raba-raba seluar aku. Check fon aku dah hilang. Habis carut-marut, caci maki semua keluar.

Yang hilang tuh C902 pulak tuh, aku sayang gila lah fon tuh =.= Kalau yang hilang tuh Nokia yang ade lampu atas tuh takpe gak, boleh tahan lagi. Haih, ape boleh buat kan. Benda dah jadi, jadi lah. Nasi sudah menjadi bubur lah kan. Redha Amin redha. Kalau jumpe budak tuh, aku bantai sampai lunyai lah. Siap kau!

Haih, doakan aku jumpe fon aku tuh balik ye?  Terima Kasih :D

Saturday, April 9, 2011

Basikal

Zaman sekarang ni macam macam ade, ikot trend pulak tuh. Memula benda ni pastu dah bosan pulak benda ni pulak, macam macam lah masyarakat ni. Aku pun pelik. Benda sekarang yang menjadi agak trend ialah basikal Fixie

Tada!
Inilah basikal tersebut, yang orang gila gilakan. Aku ingat kat KL je bersepah tapi sampai kat Kelantan basikal ni wujud, haha. Banyak famous lah! Tapi 'benda' ni mahal do, ade yang ratus, ade yang ribu. Haha. Time tuh aku gi survey lah en, ade mamat ni tanye tiub basikal ni, ahmoi tuh cakap tiub dia RM700++. Aku macam Woah! Mahal gila lah, haha. Tapi orang sanggup habis duit pasal benda ni, aku pun tak tahu.

Tapi kawan aku cer kat aku en, basikal ni memang gempak lah. Dia citer kat aku, pergh! Memang tak boleh bayang lah kalau aku ade sebiji benda nih. Haha. Aku tengok kat Youtube, ade gak orang gune basikal ni untuk skill skill, haha. Gempak lah!

Conclusion nya, basikal ni memang gempak!! Aku teringin nak ade satu, ade orang nak belanje tak? :)

Monday, March 14, 2011

Program Gempak!

Blog!! Lame gila lah aku tak update kau, sori do. Aku tak tahu nak post pasal ape. Harini ade gak idea nak post, setelah sekian lama en ade gak idea nak update kau.

Sabtu lepas aku ade program. Nama program ni SNB Kasih Training & Consultancy. Actually aku pergi program ni pon sebab makcik aku suruh pergi dengan cousin aku. Aku pun follow je lah en. Memula aku ingat tempat dia kat mana, rupenye dekat Hotel DePalma, Shah Alam. Pergh! Memang cun ah tempat dia! Haha.

Program mula awal tapi aku datang lewat sebab aku gerak dari kampung, kul 12 lebih baru aku masuk dewan. Time aku datang tuh, tengah minum minum, nasib baik aku. Haha. Dah sampai tuh, ambil lah file en, takkan nak masuk dewan dengan tangan kosong, macam nak buat kepala je. Haha. Fasi fasi kat situ en, lawa lawa dengan hensem hensem bhai! Tapi aku datang sebab nak belajar, bukan tengok fasi :P

Lepas ceramah, sampai lah time lunch. Fuh! Lunch dia, diorang bagi buffet do! Bapak sodap! Kitaorang bantai ah ape ape yang sedap, meja kiteorang penuh makanan. Orang lain ambik sikit je, kiteorang ambil banyak. Macam makanan yang kat situ semua kitaorang punye :P

Lepas makan ape semua tuh pergi solat, diimamkan oleh abang fasi, takkan bagi akak fasi lak -.- Then gi ceramah balik sampai 4.45 pastu solat Asar lak. Lepas solat kumpul kat hall balik, fasi cakap lah ambil kunci bilik dan satu bilik tuh 3 orang. Kitaorang pun macam tak sangke, pergh! Bapak sedap! Bilik dia memang gempak habis lah, aircond ade, katil spring, tandas ade shower. Pergh! Memang gila sedap lah. Rase cam tak  nak balik dah, haha.

5.45 kitaorang siap turun pergi dewan, fasi suruh pakai baju sukan. Diorang suruh buat team, team aku sorang je aku kenal, Zamir Aiman. Tu pon kenal time program gak, haha. Mase bagi team tuh lah, aku berkenal dengan mereka. Game petang tuh team aku menang, bapak power team kitaorang :P Team aku ade nickname, gempak tuh.

Lepas fasi suruh siap untuk Maghrib. Kitaorang naik, mandi ape semua then tengok jam 7.30 so kami pon turun. Solat solat then makan malam, buffet macam biasa :D Dalam agak agak pukul 11 camtuh, bermula lah aktiviti nangis menangis. Aku dah biasa en so kebal lah sikit, haha. Ade gak ah yang menangis, steady lah tuh en.

Pukul 12 naik hotel, ingat nak tido tapi ade match bola en, lagi lagi MU lawan. Malam tuh MU vs Arsenal, memang tak tido lah aku. Malam tuh, aku, Luqman, Shafiq, Zaki dengan Z amir keluar. Kitaorang pergi beli makanan dekat 7E. Lepas beli tuh chow ah naik hotel, kul 1 camtuh MU lawan. And the keputusan is MU menang lah weh! 2-0! Berbaloi ah aku tengok :P

Pukul 4 tuh qiamulail lah en, macam biasa. Lepas solat Subuh tuh bace Yassin, breakfast time pukul 8. Breakfast pun buffet gak, memang LAZAT lah weh. Kenyang perut aku, boleh buncit lah aku cakap. Pukul  9 masuk dewan, ade debat. Diorang bagi kitaorang kategori macam yang ni ustaz, PM ape semua tuh. Then kitaorang debate lah sebab ape kumpulan kitaorang layak masuk kapal ni daripada kumpulan lain. Nak lima team je boleh masuk dan team aku lah yang boleh masuk, haha. Buffet lunch untuk second day ni lagi sodap! Haha.

Pukul 4 petang bermula lah aktiviti menangis, perhargaan dan penyampaian hadiah. Akhirnye aku mengalah juga, keluar butir butir air mata :') Fasi buat show perhargaan dekat kitaorang semua. Shafiq, kitaorang punye penghulu ajak buat perhargaan gak, dia ajak beberapa budak baru buat sekali :) Ade fasi yang menangis, sabar eh? :) Lepas habis program tuh, sesi mintak number! Haha. Aku dapat num budak laki je, malu mintak perempuan tapi ade gak perempuan mintak FB, hahaha.

The End. Lastly, kepada abang dan kakak fasi yang hensem lagi cantik. Saya mintak maaf daripada korang semua, korang memang terbaik dari ladang lah. Hope jumpe lagi :')

Saturday, February 5, 2011

Hello blog! Lame gila do tak update kau, haha. Kesian dah aku tengok kau ni, sorilah ye? :) Hari ni best gila do aku ponteng, haha tapi bukan sesaje. Ponteng bersebab ni :P


Aku ponteng sebab bas yang aku naik tuh datang lewat gila so sampai sini pon lewat lah kan. Aku jage je dah nak pukul 7 then kitaorang buat decision ponteng untuk harini hehe. Sampai Kota Bharu je terus pergi Masjid Muhammadi, nak solat Subuh lah. Takkan sampai masjid pon nak tidor lagi, melampau lah tuh! Haha. Lepas solat tuh baru tido hehe. Tak malu betul kitaorang ni :)

Lepas tido tuh, kitaorang bangun dalam pukul 9 lebih. Bangun je terus pergi mandi lah, badan bau cam kambing ah haha. Lepas mandi ape semua pergi lah makan, dah memang kebulur lah time tuh. Boleh mati kot, hehe. Makan punye makan, habis lah makanan tuh then pergi lah Parkson jap cari seluar trek.

Lepas borong seluar trek, pergi lah cc lepas kan tekanan. Hehe. Actually aku tak tahu nak buat ape so aku meraban lah dekat blog aku ni, ape yang aku tulis ni aku pon tak faham. Ok ah, bye blog. Sori lah banyak meraban dalam post kali ni :D

Friday, January 14, 2011

11/1/11

Hello blog! Lame gila aku tak update kau, sori sori. Haha aku tak sengaje =.= Kalau korang tengok tajuk aku nak post ni mesti pelik kan? Kenapa 11/1/11? Okay, aku nak bagitahu. 11/1/11 ialah tarikh birthday aku :)

Tahun ni punye birthday smart lah, aku tak sangke sampai 11/1/11. Number smart habis. Aku check lah FB tadi sebab lama dah tak check kan, tengok punye tengok. Ramai gak wish aku, haha. Thanks lah, sayang korang do <3 Ade gak membe lame aku tak wish, mungkin busy kot. Takpelah, aku tak kisah :D Ade gak membe baru aku wish, haha. Best gak lah, haha.

Tapi yang tak bestnya sebab tak dapat sambut dengan mama dan abah. Diorang dapat wish kat aku gune SMS je, takpelah. Janji diorang wish :D Mama cakap dia dah bank in RM50 untuk beli kek then sambut dengan kawan dekat asrama tuh. Aku pon patuh je lah, orang kata cakap ibu mesti patuh sebab syurga bawah tapak kaki ibu :)*Maksud nye cakap ibu tu kena ikut sebab berkat. Bukan syurga tuh betul betul ade dekat bawah tapak mak korang lak, hehe.

Tadi aku beli kek, ingat nak bubuh nama aku sorang je tapi teringat lak dekat si Zarul tuh so aku pun mintak lah akak tuh bubuh nama dia sekali. Dah beli tuh, pergilah condo kawan aku. Sebelum sampai sana aku dengan Luqman sempat beli jersi Malaysia, abang tuh kerek oh. Mintak kurang RM2 pun kedeng =.= Tapi takpelah, dah beli dah pon jersi tuh.

Operasi makan kek mula pukul 8 lebih, hehe. Kawan kawan aku pun nyanyi lah lagu walaupon suara garau habis :D Semua makan macam orang kebulur, al-maklum dah lama tak makan kek. Licin habis oh! Haha. Alhamdulillah habis.

Okaylah, setakat ni je coretan aku :) Selamat membaca! Btw, kepada orang yang lahir pada 11/1. Selamat Hari Lahir :)