Thursday, September 30, 2010

Makan Malam Kor Kadet Polis

Hello . Hari ni aku nak cerita ah pasal makan malam kadet polis sekolah aku . Best gila ah aku cakap ! Korang nak tahu ? Biar aku cerita . Kisah ni bermula masa SI (Sarjan Inspektor) bagi pengumuman dekat perhimpunan . Ayat dia lebih kurang macam ni  'Perhatian kepada semua ahli kor kadet polis . Anda semua diminta berkumpul di bawah pokok tanjung dengan segera selepas perhimpunan' Time tu aku dengan sahabat aku punya lah malas nak pergi . Tapi nak buat camne en , terpakse je lah pergi . Bak kata orang , arahan pemimpin wajib patuh selagi tak melanggar hukum syarak :P

Bile dah kumpul tu , dia cakap pasal makan malam . Kita orang happy campur sedih . Kita orang happy sebab lepas ni dah takde latihan semua tapi yang sedih nye kena bayar RM20 . Duit dah la kering , haha . Lepas habis pejumpaan tu , kita orang pergi ke kelas lah , nak belajar . Exam dah dekat weh . Esoknya , kami pergi bilik kadet nak langsaikan duit makan malam tu , kalau lewat bayar karang bising pulak mulut Si Hasif tu . Mulut dah la laser gila , bingit weh telinga aku ! Haha . *Sempat lagi kau kutuk Hasif ye Amin :)

Malam nak pergi tu , aku dengan kawan aku yang F2 polis siap lah dengan baju melayu sepasang . Fuh ! Menyerlah weh , macam nak pergi berkahwin pulak . Sebelum nak turun tu , Adam tanya ' Weh , korang biar betul nak turun dengan baju sepasan ni ? ' Aku jawab ' Bantai ah . Bukan ada apa apa pun . Lepak ah . ' Pastu kita orang gi masjid , sampai dekat masjid tu , orang tengok kita orang semacam . Kita orang pun buat lah muka takda perasaan , haha . Malu gila lah time tu ! Lepas solat Maghrib , kita orang terus keluar . Tak sanggup duduk situ lama lama , tak tahan !

Lepas keluar tu , kami pakai ah kasut hitam yang kami pinjam , haha . Lepas tu , kami tunggu la APR(Ahli Pangkat Rendah) datang . Dalam pukul 8.30 dia datang . Lepas dia sampai tu , dia bagi arahan suruh masuk dalam barisan , kami follow je lah . Tak ikut nanti , kena pumping pulak . Segan je , haha . Then dia suruh kita orang pergi naik bas . Perjalanan bas ke destinasi mengambil masa lebih kurang 10 minit . Dalam 10 minit tu , kami bermanfaatkan nya dengan berborak . Haha .

Lepas sampai tu , SI suruh kumpul dekat atas ambil tempat masing masing . Adam dah buat plan , dia suruh duduk sekali . Lepas dah duduk tu , ade ucapan daripada pengetua , guru penasihat dan SI tahun lepas . Time SI tahun lepas tu bagi ucapan la paling kelakar , dia terketar ketar nak berucap . Kita orang cover je nak gelak , haha . Lepas ucapan yang boring tu , acara yang dinanti-nantikan telah tiba . Iaitu MAKAN ! Haha . Fuh ! Makanan sedap sedap . Antaranya satey , ayam blackpepper , telur dadar . Yang paling sedap sekali tomyam ah .Kecut perut weh ! Lepas doa tu , kami makan ah . Laju gila makan , macam orang kebulur pulak . Lepas makan semua , ade event cabutan bertuah . Time ni memang kita orang mengharap kita orang terpilih tapi malangnya kita orang tak dapat , haha .

Lepas semua tu , orang orang besar semua balik tidur . Sementara tunggu bas sampai , kitaorang tengok video kawad peringkat MASSAK . Memula tengok smart tau then tiba tiba ada sedikit cacat pulak , kasihan . Ingatkan lepas tengok video tu , bas dah sampai tapi tak sampai lagi so sambung la pulak dengan ucapan terakhir F5 . Antara semua ucapan , ucapan Ashraf Hadi lah paling kelakar . Ucapan dia , dia cerita masa dia pergi khemah MASSAK . Malam tu dia nak pergi tandas , dia pun pergi lah tandas konstabel . Tandas tu buruk gila lah weh so dia pun tukar pergi tandas orang besar . Tandas dah lawa tapi pintu pulak takda tempat nak lock , kesian gila lah . Time tu memang dia tak tahan dah , dia pun melepas kat situ . Time tengah melabur tu , tetiba ada orang buka pintu . Terkejut weh ! Orang besar tu pun tutup pintu balik , haha . Lepas selesai tu dia keluar ah , time keluar pun terkejut jugak . Yelah , orang besar tu mandi pakai spender je , tak malu gila lah ! Dia pun cepat cepat ah keluar dari situ , haha . *Acap Acap , kasiha lah dekat kau . Time nak melabur pon ade orang nak skodeng , haha .

Lepas ucapan selesai , bas pon datang . Then kita orang pun balik lah ke asrama . Penat gila lah weh ! Tapi nasib baik puas hati :)

Sekian ,

Saturday, September 25, 2010

Jogging oh Jogging

Semalam hari yang agak best sebab aku dan geng aku pergi jogging . Cuti raya 2 minggu ni buat perut kami semua nampak agak buncit so kami decide untuk berjogging .

Cerita bermula begini , lepas solat Subuh kawan aku , Adam ajak pergi jogging . Memula kami malas nak pergi tapi bila tengok perut kami yang agak buncit so kami pun setuju lah walaupon cuma 5 orang sahaja yang pergi . Lepas itu kami pon naik atas dorm untuk bersiap . Lepas semua siap , kami berjogging ke Taman Tunku Anis pukul 7.15 pagi . Dalam perjalanan , kitaorang berjogging ala-ala kadet polis sikit sebab kami kan kadet polis except sorang kawan kami iaitu Farhan .

Agak-agak dalam pukul 7.45 kami sampai ke destinasi , dah sampai tu kami tak berhenti jog lagi . Kami cuma lari setempat sebab kami nak cuba round tempat tu tanpa stop , haha . Bila dah round dekat tempat tu , kami berhenti dekat tempat latihan fizikal . Kitaorang cuba macam-macam benda dekat situ , penat oh ! Tapi berbaloi la jugak .

Lepas jogging semua , kami pon ambil lah gambar kenangan . Haha !

Ni antara yang gambar sempat kami ambil :-
Terima Kasih kerana membaca blog saya :)

*Sori , post kali ni ayat agak skema kerana aku saje je tulis macam ni . Kalau tk puas hati , korang boleh komen dekat Aduan Rakyat ;)

Thursday, September 23, 2010

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah

Hai Blog ! Dah lame aku tk update kau , haha . Hari ni ade sambutan hari raya kat sekolah aku , best gak ah sebab dapat makan free :)

Pukul 6 pagi aku bangun then siap siap pergi solat Subuh walaupun tk mandi , haha . Then lepas solat terus naik dorm pastu mandi ape sume en sebab bau badan macam kambing . Lepas siap ape semua , aku dan kawan kawan pun pergi lah sekolah . Sampai sekolah je kitaorang terus pergi padang ade solat hajat . Lepas solat je doa la en macam biase , doa imam tu lame la jugak . Ngantuk aku , hehe . Aku ingat lepas solat hajat tu boleh naik kelas tapi diorang sambung pulak dengan ucapan dan tazkirah . Hadoi , letih aku mendengar -.-"

Bila ucapan dan tazkirah dah habis , kami pon pergi ke kelas masing masing . On the way nak pergi kelas , aku ternampak Jabar so aku pon berbual lah dengan dia . Lepas bual , aku terus pergi ke kelas , nak tengok makanan ape yang menarik . Sampai kelas je , fuhh ! Banyak makanan yang sodap sodap . Antara makanan yg buat aku terliur seperti makaroni bakar , nasi dagang , mi goreng , satey ayam . Sambil tunggu ustzah aku siapkan makanan , aku pinjam ah camera kawan aku . Dah dapat tuh , terus aku main snap snap . Memula snap gambar bebudak kelas aku then lari pergi kelas kawan aku main dekat sana pulak . Bapak best !

Lepas puas main tangkap gambar , aku ingat nak main handycam pulak tapi time tu perut dah lapar so aku pun terus ambil pinggan then try makanan kat situ . Memula aku try satey , boleh tahan . Then roti jala pulak , sedap jugak . Aku tk puas hati lagi , aku tibai makaroni bakar . Kembung perut aku ! Haha . Lepas makan makanan kat kelas aku , aku lari macam budak batak pergi kelas orang lain then paw makanan kat sane , hehe .

Makan punye makan , akhirnye aku surrender . Then aku balik ke asrama , aku ingat aku orang yang first , rupe-rupenya diorang dah lame kat situ . Aku yang terakhir . Dah , aku tk thu ape yang aku mengarut .

*Sori lah takde gambar , kawan aku tk upload kt FB lagi . Kalau dah ade , aku bubuh la :)

Tuesday, September 7, 2010

Hari Raya Aidil Fitri .

Hari ni aku nak tulis pasal hari raya . Aku ingat nak tulis masa malam raye tapi bile fikir fikir , tulis je lah sekarang sebab kat kampung aku line macam keling , kejap ade kejap takde . Kalau ade pon , lembab macam siput .

Raya tahun ni , macam biasalah . Balik Negeri Sembilan dulu baru Johor . Kampung dekat Negeri Sembilan bosan gila . Mane tak bosan , sepupu semua dah besar , dah kahwin pulak tuh . Haih , nak buat macam mne en . Terpaksa lah duduk mengasingkan diri daripada mereka semua tu . Tapi itu semua aku tak kisah sebab time salam diorang je , diorang hulur duit warna merah dan hijau . Kaya aku ! Haha ,

Sekarang pasal Johor pulak . Hm , dekat sini semua sepupu aku baik baik belaka walaupon ada yang jahat macam hantu tapi aku nak jugak cakap baik , haha . Aku ingat lagi masa umur aku 5 tahun , masa tu abang sepupu aku tunggang basikal dan adik sedara aku duduk dekat belakang . Masa diorang nak lintas titi kayu tu , tetibe basikal goyang . Goyang punya goyang tetibe , BOOM ! Masuk parit . Kita orang yang semua dekat situ gelak sampai nak pecah perut . Kesian korang dua , tulah , tunggang basikal tak hati hati . Kan dah masuk parit , tak dapatlah korang nak beraya dengan baju melayu baru korang tu . Tapi ini semua kisah lama , saje je aku nak ingat kenangan terindah :D

Itulah sedikit sebanyak pasal raya dekat kampung aku .

Selamat Hari Raya Aidilfitri .
Maaf Zahir dan Batin .
Mintak Ampun Segala Dosa Aku Kalau Pernah Sakitkan Hati Korang .

p/s : Pernah ? Selalu la Amin ! Haha ,

Saturday, September 4, 2010

Oh Kawan ! :)

Semalam en mase aku tengah khusyuk melayan Facebook sambil kemas bilik aku yang dah bersepah gila gila , aku teringat Komik Lawak Kampus aku . So aku cari lah , cari punye cari , baru aku igt komik aku tu ade kat kawan aku yang nama Syafiqah .

So bile dh ingat kat dia , aku terus contact guna FB . Aku ingat nak text dia tp kalau text dia memang berjanggut lah tunggu minah tu balas -.- Mase chat tuh , aku tanye dia macam ni 'Weh , komik aku mane ?' dia balas 'Ade dengan aku , kau nak ke ?' aku cakap balek 'Mestilah nak weh' dia kata boleh je tapi kena pergi area dia .Hadoi , area kau tu dahlaa nun jauh di atas ! Mesti lah aku penat kalau mendaki bukit tuh tapi komik aku punye pasal , aku sanggup !

Dalam pukul 5 , aku pergi lah mendaki bukit yang agak tinggi tuh . Jalan punye jalan , aku dah sampai . Check jam baru pukul 5.15 , bapak ah ! Cepat betul aku jalan en , Kadet Polis la katekan :P *Eceh Amin , berlagak pulak kau kat sini .

Lepas sampai tu , aku text itu budak . Aku cakap aku dah sampai , dia kata cepat betul aku jalan . Aku cakap ah , macam tk kenal aku je . Dia cakap kalau aku rajen , naik la lagi sikit . Aku pon tengah bosan so naik je lah atas . Lepas sampai kat atas tu , aku tak nampak lagi minah tu so aku round la kat area tu .

Then dia text aku , dia tanye aku kat mane . Aku pon cakap lah aku dekat dekat situ je . After that , aku cari la itu budak . Then aku nmpak perempuan pakai baju oren tengah sandar dekat pokok , aku ingat mak cik tukang sapu sampah tapi bile tengok betul betul , si Syafiqa tuh rupanya .

Lepas dah kenal pasti , aku pergi lah jumpe dia . Bile dah jumpe dia , borak borak la en , ape lagi . Aku dengar suara dia kelakar gila ! Kejap ade , kejap takde . Nak je aku gelak kuat kuat kat situ tapi atas sebab nak jage maruah , aku senyum je lah kat dia .

Lepas borak borak around 10 minit , buah hati dia sudah kelihatan . Nama dia Haiqal . Smart oh dia ! Then lepas pakwe datang , aku pon nak blah la en . Mane tahu diorang nak dating ke , kacau je aku nanti . Haha .

Macam tu je lah kisah aku berjumpa kawan aku semata mata untuk mengambil komik kesayangan :)

Friday, September 3, 2010

KLCC Mari !

Semalam aku dan Adam pergi KLCC . Dah lame kami tk pergi , akhirnye pergi jugak walaupon berdua .

Perjalanan kiteorang bermula dari LRT Taman Melati . Memula aku bajet nak tnggu Adam dekat Masjid Jamek tp dah alang alang aku dekat Setapak , aku suruh mamat tu pergi LRT Taman Melati . Lame jugak tnggu mamat nie , around 10 minit baru nmpak dia punya batang hidung . Tp tk kisahlaa , yang penting smpai KLCC :D

Lepas beli tiket , kiteorang pun naik . Dalam on the way tuh , aku cerita kat Adam mase aku kt TS hritu . Dia gelak gelak je , wanita wanita di dlm LRT tu tengok je kiteorang . Kami pon buat tk tahu , peduli ape dengan diorang . Lantaklah , haha . Cerita punye cerita , akhirnye kami sampai ke destinasi kami iaitu KLCC .

Fuh ! Dah lame tk gi KLCC oh , bapak besar itu punya bangunan ! Bila kiteorg masuk , tetibe Adam cakap perut dia nak melabur . Aduh , baru masuk dah nak melabur ke bang ? Sakai lah kau . Lalu kami pergi cari toilet di tingkat G . Baru nak masuk je tetibe , kena bayar pulak . RM2.00 pulak tuh , gila betul . Tak jadilah kami nak masuk , cari tandas tingkat lain dulu bak kata Adam .

So kami decide pergi tengok tandas kat tingkat atas pulak , harap harap tk kena bayar . Check punye check , nasib baik tk kena bayar . Adam , nasib baik kau , kalau tk terbarai la kau kat situ , haha . After menghabiskan diri kat tndas , kiteorg pon round KLCC cari baju . Cari punye cari , dah jumpe tp bnyak sgt pulak pilihan . Haih , nak pilih baju pon susah laa , apelah nasib . Malas fikir pasal baju , kiteorang pon gi wayang jap sebab nak beli tiket .

Dah sampai depan wayang , aku dgn Adam bincang nak tengok cerita ape . After berbincang , kiterorang decide nak tengok Step Up 3D . Lepas beli tiket , kiteorang pergi menunaikan kewajipan terhadap Ilahi iaitu Solat Jumaat . Lepas solat , kami pergi KLCC semula . Time on the way tuh , Adam start mengarut then aku pon gelak je lah , haha . Lawak ah kau Adam :))

Bile masuk KLCC tu , kiteorang terus cari baju .  Round dalam 30minit , finally jmpe jugak baju aku ! Lepas beli , aku tngok jam dah pukul 2.35 so kiteorang terus ke wayang . Adam kali pertama pergi wayang oh , haha . Tengok cerita Step Up tuh , best gila ! Starting cerita dah dancing dancing . Dancing dia dahlaa gempak habis ! Berbaloi lah aku tengok .

Lepas habis , kami pon ingin pulang ke rumah . On the way nak keluar KLCC , kiteorang nampak butik baju lawa . Nama butik tu Romp . Adam cakap 'Amin , lawa gila bhai baju ni ! Apsal tk beli je kat sini ?' Aku cakap balik 'Mane aku perasan dol . Tkpelah , lain kali lah kita borong . Nak buat macam mne , dh tkde rezeki en .' Lepas tengok baju lawa lawa , kiteorang pon balik dengan hati yang berbelah bagi . *Eceh Amin , berjiwang pulak kau .

Itu saje kisah aku pada hari semalam .

Thursday, September 2, 2010

SAHABAT II



Harini aku nak cerita pasal kawan kawan aku yang rapat dengan aku . Diorang ni memang baek jgak walaupon kekadang perangai macam HANTU ! Haha .

Diberi nama Adam Muzakkir Bin Idris Safawi dan dipanggil Adam . Aku mase memula kenal mamat nie , aku tengok poyo semacam . Tp bile dah lame kenal , baru faham perangai dia . Dia nie en seorang kawan yang tk suke simpan dendam . Tk percaye ? Kau boleh bayang tk membe kau maki hamun kau pastu tetibe je mintak tolong kau , mesti kau tk nak tolong en ? Tapi dia nie bukan style macam tuh , percayelah . Satu lagi , mamat nie tegas bukan main . Fuh ! Cuak gak aku . Tp tegas tegas kau en , bile nak bayar hutang gua ? Lame aku tnggu nie -.-

Nama mamat nie lak Ahmad Solehin Bin Rohaidi . Bile first time aku jumpe dia , dia ni macam style happy go lucky tp penakut , haha . Sebab ape penakut ? Sebab mase F1 , bile senior datang cerita hantu , konfem mamat nie tido dulu dengan alasan 'Weh , korang cerita kat tempat lain lah , aku nak tido nie' Ceh , ayat mantap je kau eh padahal tgh cuak tuu . Tp bile dah join aku and the gang , dh jadi berani woo ! Tahniah tahniah ! Satu lagi , mamat nie en kaye gile lah . Duit masyuk sokmo , mane datang tk tahu . Selalu belanje aku dgn kawan aku , best ! Tp kaye kaye kau en Solihin , hutang aku tk bayar lagi :)

Lelaki macho nie pulak nama parent dia bagi Muhd Fakhri Najmuddin Bin Arman . Mamat nie berani oh walaupon pendek :P Tabik la kau ! Dia nie kalau bergaduh , dia tak nak mengalah . Nasib baik aku tk pernah gadoh dgn kau , kalau gadoh pon , buang tenaga aku je . Mamat ni best gak buat kawan sbb dia bnyak gak tolong orang . Satu lagi , mamat nie kalau jalan en , laju gile ! Penat oh kejar dari belakang time nak gi Kota Bharu haritu , ilmu ape kau pakai hah smpai jalan laju gile ?

Nama diberi Luqman Hadi Bin Ahmad Yani . Seorang mamat yg baik , periang , kecoh , kekadang buat lawak dgn otak kuning kau tuh , haha . Aku start rapat dgn dia ni mase F2 .Mamat ni berani buat bnde challenge oh , dasyat habes ! Kalau study dgn dia ni en , best aku cakap . Mane tak nye , tgh tgh study , dia buat lawak ala lucah dia tuh , kelakar je . Lupa lak , badan mamat nie tough gak oh ! No wonder lah sbb dye Kor Kadet Polis -.- *Amin , badan orang pon nak cerita ke ?

Ahmad Azim Bin Ahmad Shukri , seorang budak yang pendek tp mulut laser bukan main . Dahlaa , mulut laser , cakap laju nak mati . Pening aku bile kau cakap zim , haha . Tapi laser laser pon , baik la jugak . Bukan semua manusia jahat en ? Adelah time time jahat tuh . Kalau bab ejek orang , dia paling kreatif . Mane belajar tak tahu . Aku ingat lagi time kau ejek bapak orang then diorang ejek bapak kau balek dgn panggilan Metro Station , haha . Padan muka kau !


Namanye Muhammad Farhan Bin Anuar . Seorang budak yang kaya . Nak kata kaye tk kaya , handphone hilang , dia buat rilek je . Tapi kaya dia nie kaya yang pemurah ,  bapak best ! Dia selalu belanje aku time gi cc and makan , sedap bhai ! 'Best la kau Amin , orang belanje.' Ayat yg selalu org cakap bile mamat nie belanje aku , jangan jeles ye kamu semua ? Mamat nie baik oh . Dia selalu teman aku charge phone kat kelas mse malam malam , haha . *Kantoi charge phone kat kelas -.-"

Nama diberi Muhd Zarul Idham Bin Jahari . Mase first time aku kenal dia , aku tengok dia nie hensem tapi macam berlagak tapi bila dah kenal semua en , barula tahu perangai dia ni . Dia ni baik , smart pon smart :P Dia ni selalu bagi geng aku biskut , biskut sedap pulak dia bagi . Fuh ! Sedap oh ! Time study , dia suke menyendiri , nak ketenangan katenye . Lastly , best ah kawan dengan kau .

Dah habis describe pasal diri korang , cite pasal hangout kite pulak . Kiteorang en setiap kali nak balek Kualal Lumpur mesti buat aktivi yang menarik seperti main bowling dan jalan jalan . Aku nak cerita mase kat KB Mall haritu , hehe . Kitaorang gerak dari skolah pkul 3 lebih then sampai stesen bas kul 4 . Lepas letak beg tu , bermula lah aktiviti rasmi iaitu JALAN JALAN !

Mase on the way nak gi KB Mall kiteorang bercerita supaye tk penat dan boring . Cerita punye cerita , sampailah ke destinasi . Dah sampai tu , solat Asar dulu sbb tk baek lewatkan solat . After that , round round kat situ . Sampailah sorang cakap 'Weh , jom bowling nak ?' pastu kiteorang pon meng-ok-kan je lah . Main punye main smpai habes game , masuklah wktu solat so kiteorang pergi ke surau yang berdekatan .*Ade ke ayat meng-ok-kan ? Bantai je lah ! Blog aku , bukan blog orang :D

Lepas solat , pergi makan sbb perut dah nyanyi lagu yang best ! Haha . Lepas perut dah diisi , kiteorg pergi ke stesen bas utk tnggu bas supaye dapat pulang ke rumah yang tercinta :)

Itu je cerita yang aku ingat :P

Gambar kenangan .
Time Bowling .

Pizza Time !